Monday 23 November 2015

Soalan-soalan Lazim 1

Apakah itu CharityID?
CharityID adalah satu usaha komuniti untuk merevolusikan pendapatan melalui derma. Platform CharityID adalah telus kerana sumbangan derma adalah daripada ahli kepada ahli tanpa perlu penglibatan pihak admin. CharityID hanyalah menyediakan platform untuk ahli mendapatkan pendapatan melalui derma, disamping CharityID bertujuan melahirkan komuniti dermawan.

CharityID akan bergerak secara automatik di masa hadapan kerana tiada penglibatan admin, dan penglibatan aktif ahli amatlah penting supaya komuniti ini akan terus berkembang. Semakin besar komuniti CharityID, semakin tinggi jumlah pendapatan yang akan diterima ahli.


Apakah matlamat CharityID?
Matlamat CharityID adalah untuk menyediakan platform kepada masyarakat medapatkan pendapatan derma dengan lebih sistematik dan mudah. Ini boleh dilakukan dengan hanya mempromosikan akaun RefID CharityID kepada bakal-bakal penderma mereka.

E.g.: www.charityid.com/(yourREFERRALID)

CharityID juga ingin melahirkan komuniti yang mendapat barakah menderma dalam menjalankan perniagaan dan urusan harian mereka.


Apakah platform sosial media CharityID yang rasmi?
Disebabkan CharityID adalah platform yang akan bergerak secara automatik, maka tidak akan ada platform sosial media CharityID yang rasmi sama ada di Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, atau LinkedIn.

Bagaimanapun leader-leader sesebuah kumpulan dalam komuniti CharityID digalakkan menubuhkan kumpulan social mereka sendiri (Cth: FB Page, FB group, kumpulan Whatsapp atau di mana-mana platform komunikasi yang dirasakan sesuai), supaya komunikasi strategi pemasaran dan penerangan sesama ahli kumpulan dapat dibincangkan.

Walau bagaimanapun, untuk menyatukan usaha-usaha pemasaran ahli-ahli, CharityID telah mengumpulkan segala post-post dari ahli-ahli di platform sosial media yang mengandungi hashtag #CharityID di sini:

www.tagboard.com/charityid/243509

Ahli-ahli bolehlah merujuk platform ini sekiranya memerlukan idea-idea menarik untuk strategi pemasaran mereka. Semakin besar komuniti CharityID, semakin tinggi jumlah pendapatan yang akan diterima ahli.

Apakah hashtag rasmi CharityID?
Hashtag rasmi CharityID adalah #CharityID.

Namun dari semasa ke semasa, hashtag komuniti akan bertambah mengikut isu-isu tempatan untuk meningkatkan keberkesanan strategi pemasaran komuniti CharityID.

Sebagai contoh hashtag-hashtag lain seperti:

#DR1M #Bajet2015 #dermanajib dan sebagainya.

Apakah kepentingan hashtag
Hashtag ini penting untuk menyatukan usaha-usaha pemasaran ahli-ahli CharityID. Ini adalah penting untuk memudahkan ahli-ahli baru untuk menceritakan tentang komuniti CharityID kepada bakal penderma mereka.

Selain itu, sistem auto-placement akan berfungsi dengan lebih laju sekiranya terdapat banyak post-post ahli-ahli yang mengandungi hashtag #CharityID.

Semakin kerap ahli melakukan post-post di sosial media dengan hashtag #CharityID, semakin tinggi peluang ahli untuk mendapatkan penderma dari sistem auto-placement.

Bagaimana saya ingin mendapatkan idea pemasaran dari ahli yang lain?
Anda boleh mendapatkan idea-idea pemasaran dari seluruh komuniti di sini:

www.tagboard.com/charityid/243509

Semakin besar komuniti CharityID, semakin tinggi jumlah pendapatan yang akan diterima ahli. Oleh itu, segala post ahli di sosial media perlulah mempunyai hashtag #CharityID supaya mudah untuk ahli-ahli baru mengembangkan komuniti CharityID.

Apa kelebihan sistem CharityID?
Anda boleh melancarkan kutipan derma sebagai pendapatan sampingan anda setiap bulan (part-time), ataupun mengumpul dana untuk sesuatu tujuan khas (full-time).

Terlalu banyak kelebihan sistem CharityID, antaranya termasuklah:
  • sistem derma-menderma yang pertama di dunia, dan ahli komuniti bertambah dari hari ke sehari
  • sistem derma-menderma yang telus, dari ahli kepada ahli tanpa perlu melalui admin. Proses pendaftaran percuma dan boleh dilakukan sendiri tanpa perlu melalui pihak ketiga.
  • sistem derma-menderma yang sistematik dan tersusun. Anda tahu ke mana anda mendermakan wang anda, dan turut berpeluang menerima derma yang lebih besar dari wang yang didermakan
  • sistem derma-menderma yang akan sentiasa terus berkembang secara sendiri dan berjalan secara automatik di masa hadapan
  • sistem derma-menderma yang menggunakan segala teknologi terkini
  • sistem derma-menderma yang sangat ringkas dan modal kecil
  • sistem derma-menderma yang mempunyai prinsip yang mudah. Setiap penderma berusaha menjemput 3 penderma baru yang ingin menyumbangkan hanya RM60 kepada mereka. Ini adalah yang dikatakan kitaran karma.
  • sistem derma-menderma yang adil dan saksama:
  1. Ahli yang rajin mencari penderma akan mendapat lebih
  2. Saling bantu-membantu penerima derma dan penderma melalui sistem GiveBack
  3. Ahli yang rajin mempromosi dan bekerja bersama-sama kumpulan (ahli lain) serta berani untuk menderma jumlah yang besar akan diberi keutamaan dalam pembahagian auto-placement

Sistem CharityID bukanlah sistem Money Game, MLM, Skim Pelaburan Cepat Kaya, FOREX, fraud atau penipuan online.

Sistem CharityID:
  • tidak mengajak ahli menjadi kaya, tetapi untuk hidup lebih selesa bersama-sama dan membentuk perpaduan masyarakat
  • melahirkan ahli yang sukses dan berjiwa mulia
  • bukanlah suatu perniagaan yang memerlukan ahli untuk menjaja kemewahan diri
  • tidak memaksa sesiapa untuk menderma dan diderma
  • boleh melembutkan kedegilan dan keegoan masyarakat supaya tidak terlalu berpaksikan kebendaan (materialistic)
  • adalah sebuah komuniti dan keluarga. Bukan pesaing dalam perniagaan. Semakin besar komuniti penderma CharityID, semakin banyak kebaikan yang boleh diperolehi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.