Tuesday 24 November 2015

Soalan-soalan Lazim 3

Apakah itu kunci posisi (lock position), dan bagaimana ia berfungsi? Apa yang perlu saya lakukan semasa proses ini?

Kunci posisi adalah proses dimana penderma mengunci kedudukan mereka di dalam hierarchy rangkaian anda. Proses kunci posisi bermula setelah bakal penderma menekan butang “upgrade now”.

Proses ini amat penting untuk menentukan siapakah bakal penerima yang layak menerima sumbangan derma mereka ketika itu.

Setelah kedudukan posisi dikunci, mereka perlulah menjelaskan butiran pembayaran dalam masa 24 jam kepada penerima derma yang layak. Penerima yang layak pula kemudian perlu mengesahkan atau menolak butiran derma mereka dalam 24 jam yang seterusnya.

Untuk ahli baru yang baru mendaftar, notifikasi proses kunci posisi mereka akan diberitahu kepada bakal penerima derma mereka melalui email. Butiran anda dan promosi referral anda diserahkan kepada mereka untuk dihubungi, dan begitu juga butiran peribadi mereka akan diberi kepada anda.

Sebagai upline atau referral mereka, anda perlulah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi untuk menerangkan tentang CharityID dan kelebihan sistem ini. Proses ini amatlah penting kerana mereka telahpun menunjukkan minat, tetapi memerlukan bantuan dan panduan dari bakal upline. Bantuan ini akan lebih memudahkan proses mendaftarkan mereka sebagai ahli komuniti CharityID yang baru.


Komunikasi sesama ahli adalah amat penting di CharityID. Selain hanya untuk mendapatkan pendapatan melalui derma, CharityID bertujuan untuk mewujudkan komuniti sihat yang telus dan saling bantu-membantu dalam urusan harian terutama dalam usaha mempromosikan CharityID secara berkumpulan.

Bagaimana ingin menghubungi sesama ahli semasa proses kunci posisi?
Butiran komunikasi bakal penderma dan penerima derma telah dikongsikan sesama anda setelah proses kunci posisi dilakukan.

Anda perlulah mengambil langkah proaktif untuk menguhubungi mereka melaui Email, SMS, atau Whatsapp.

Bagaimana saya boleh mulakan menjemput penderma?

Anda boleh memulakan proses mencari penderma setelah berdaftar sebagai ahli di CharityID dan memiliki RefID milik akaun anda untuk dipromosikan.

Mencari bakal penderma adalah tidak susah kerana ia hanyalah memerlukan modal yang rendah. Namun, ianya adalah bergantung kepada kretiviti individu, dan antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti:
  • Melakukan perkongsian Facebook / Twitter / Instagram / Google+ / Whatsapp / Telegram (atau mana-mana platform sosial media lain) dengan menggunakan template mudah yang telah disediakan oleh CharityID di bahaian “promotional tools” di papan dashboard.
  • Membuat post dengan olahan ayat sendiri di platform-platform sosial media supaya ianya lebih kreatif. Idea-idea terkini pemasaran bolehlah didapati di https://tagboard.com/charityid/243509
  • Membuat Facebook Ads / Google Ads / Instagram Ads / Banner berbayar / Blogpost melalui blogger-blogger terkenal. Ini perlulah berdasarkan kreativiti anda. Teknik ini adalah yang paling berkesan melalui pengalaman ahli-ahli
  • Membuat blog sendiri, menyertai forum-forum online atau memasarkan di laman-laman marketplace seperti di Mudah, CariGold, WangCyber dan lain-lain.
  • Bersemuka bersama kenalan dan keluarga untuk berkongsi ilmu tentang peluang pendapatan menerusi CharityID
  • Menyebarkan fliers dan risalah tentang CharityID di kawasan sekitar
  • Menubuhkan / menyertai kumpulan CharityID di kawasan sekitar untuk memudahkan proses gerak-kerja secara berkumpulan
  • Menubuhkan / menyertai kumpulan Whatsapp / Telegram / Facebook Group rangkaian anda untuk memudahkan proses gerak-kerja secara berkumpulan
  • Berkomunikasi secara aktif menyusun strategi berkumpulan dengan melakukan perbincangan di timeline rangkaian CharityID (network timeline)
  • Aktif berkomunikasi (chat) dan berkongsi-kongsi maklumat bersama ahli lain di timeline awam CharityID (public timeline)
  • Melakukan seminar dan kelas-kelas perkongsian peluang pendapatan CharityID
  • Melakukan Email / Whatsapp / SMS blast melalui khidmat syarikat pemasaran online
Kalau saya tidak mencari penderma, adakah sistem akan mencarikan kami penderma?

Sistem CharityID adalah unik. Semakin besar komuniti CharityID semakin tinggi peluang anda untuk mendapatkan pendapatan melalui derma.

Ya, sistem akan memberikan anda leads dari bakal penderma melalui proses auto-placement CharityID. Lead yang diberi akan mengunci posisi mereka di bawah rangkaian anda dan notifikasi melalui email akan diberikan kepada anda. Anda perlulah menghubungi dan meyakinkan mereka supaya mendaftar sebagai ahli baru CharityID di bawah rangkaian anda. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, kebarangkalian untuk menerima proses auto-placement di masa akan datang menjadi lebih tipis.

Kebarangkalian untuk menerima lead dari sistem auto-placement adalah bergantung kepada jumlah ahli yang masih berada di Level 1. Namun begitu, anda juga boleh meningkatkan kebarangkalian untuk menerima lead ini sekiranya anda:
  • aktif melakukan post di sosial media menggunakan hashtag #CharityID yang akan dikenalpasti melalui system Tagboard di https://tagboard.com/charityid/243509
  • bekerjasama bersama rangkaian kumpulan untuk mendapatkan spillover
  • tidak pernah gagal untuk mendaftarkan ahli baru yang diterima melelui lead sistem auto-placement sebelum ini
Namun, anda dinasihatkan untuk tidak mendaftarkan individu yang dirasakan sukar untuk menjemput 3 lagi penderma baru. Ini adalah untuk kebaikan bersama untuk memastikan reputasi CharityID.

Saya terima email notifikasi dari bakal penderma untuk kunci posisi (lock position), apakah maksudnya?

Ini bermaksud mereka telah melakukan pendaftaran dan pengesahan maklumat peribadi yang lengkap. Mereka amat berminat untuk menyertai komuniti CharityID tetapi menunggu khidmat nasihat dari ahli-ahli terdahulu yang berada di atas rangkaian mereka sebelum melakukan proses menderma Level 1 RM60.

Anda perlulah menghubungi mereka supaya mereka mendapat pencerahan bagaimana proses seterusnya dan berkongsi ilmu bagaimana mereka juga turut berpeluang untuk menerima derma sehingga RM19juta.

Kunci posisi adalah proses dimana subscriber sedang melakukan proses transformasi untuk menjadi ahli.

Bagaimana hendak follow-up bila bakal penderma kunci posisi (lock position)?

Butiran maklumat komunikasi dikongsikan sesama bakal penderma dan penerima derma melalui notifikasi email. Mereka perlulah berhubung sesama mereka melalui platform yang dirasakan sesuai, terutamanya Whatsapp.

Mereka juga boleh berjumpa secara bersemuka (dengan membawa bersama ahli yang lebih mahir) supaya proses pencerahan dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Disertakan di bawah adalah contoh ayat template yang sering digunakan oleh ahli-ahli lain yang kemungkinan berkesan. Hantar mesej ini di Whatsapp, SMS atau Email. Namun, anda boleh lah mengolah beberapa bahagian mengikut kesesuaian. Anda juga boleh terus berhubung melalui panggilan sekiranya lebih selesa berbuat demikian:

Dari ahli CharityID.com. Tahniah! Anda telah mendaftar dengan lengkap di Charityid.com. Namun, anda belum layak untuk menerima sumbangan derma dari ahli lain sekiranya anda belum lagi menjadi ahli di CharityID dengan melakukan derma hanya RM60 untuk Upgrade ke Level 1. Saya adalah referral anda. Saya boleh membantu anda memberi pencerahan lanjut tentang kelebihan komuniti CharityID dan bagaimana anda boleh mendapat pendapatan tambahan bersama komuniti ini. Sila reply message ini sekiranya memerlukan bantuan lanjut.

Saya terima email keluar dari kunci posisi (lock position timeout), apakah maksudnya?

Email ini akan dihantar sekiranya bakal penderma tidak menderma RM60 kepada referral rangkaian mereka dalam tempoh 24 jam.

Ini mungkin terjadi kerana tiada follow-up dilakukan oleh upline.

Posisi mereka akan dikosongkan semula untuk memberi laluan kepada bakal penderma yang lain. Mereka belum layak untuk menjadi ahli dan status mereka kekal sebagai subscriber.

Sekiranya setelah 24 jam bakal penderma ini kembali berminat dan ingin mengulangi transaksi derma, mereka hanyalah perlu menekan butang “upgrade now” kembali. Mereka seterusnya akan dimasukkan kembali ke posisi kosong yang lain di bawah rangkaian referral.

Bagaimana hendak tahu bahawa promosi kita itu berkesan?

Sekiranya ingin mengetahui teknik pemasaran anda itu berkesan atau tidak, anda bolehlah melihat bahagian subscriber.

Di sana terdapat senarai bakal-bakal penderma yang telah melihat link anda dan meninggalkan butiran peribadi mereka. Cumanya, mereka belum melengkapkan proses pendaftaran atas sebab-sebab tertentu.

Anda perlulah melakukan follow-up dengan mereka supaya mereka lebih yakin dengan bimbingan kumpulan di CharityID. Kebanyakan mereka ada masalah dalam melakukan pendaftaran sahaja tetapi amatlah berminat dengan pelan derma ChariyID.

Sekiranya tiada sebarang info di bahagian subscriber, ini bermakna taktik pemasaran anda belum cukup berkesan dan anda perlulah melakukan beberapa penambah-baikan seperti yang kami cadangkan dalam usaha menjemput bakal penderma.

Saya ada banyak subscriber, apa perlu saya lakukan sekarang?
Kategori subscriber boleh dilihat dari segi peratus mereka melengkapkan pendaftaran:
  • 25% adalah ketika proses mengesahkan nombor telefon
  • 50% adalah ketika proses memuat-naik gambar profil dan melengkapkan butiran akaun bank
  • 75% adalah ketika proses menetapkan Referal ID (link akaun)
  • 100% bermakna proses pendaftaran yang lengkap, dan mereka belum lagi Upgrade Level 1 (mungkin kerana kurang yakin)
Anda perlulah melakukan follow-up dengan mereka supaya mereka lebih yakin dengan bimbingan kumpulan di CharityID. Kebanyakan mereka ada masalah dalam melakukan pendaftaran sahaja tetapi amatlah berminat dengan pelan derma ChariyID.

Apakah itu bahagian “statistics”?

Bahagian statistik adalah dimana anda boleh melihat secara menyeluruh struktur jaringan rangkaian anda. Ianya penting untuk menyusun strategi dalam melakukan promosi RefID anda.

Apakah itu jadual “payment progress by qualified level?”
Jadual ini bertujuan untuk melihat sejauh mana anda telah mengumpul pendapatan derma untuk setiap level.

Anda dinasihatkan untuk membuat upgrade dalam kadar segera setelah mempunyai pendapatan mencapai tahap 20% untuk mengelak sebarang terlepas terima derma.

Anda tidak perlu menunggu sehingga 100% kerana anda tidak tahu bila-bila masa sahaja anda bakal menerima derma. Anda juga boleh untuk terus upgrade walaupun belum menerima sebarang derma pun lagi.

Secara asas, anda boleh menerima sumbangan ahli di rangkaian anda hanya sekali.

Cth: Hanya 9 orang ahli di Generasi 2 akan membayar RM120 kepada anda apabila mereka upgrade ke Level 2.

Namun, ada juga situasi dimana anda boleh lihat anda menerima jumlah lebih banyak dari yang sepatutnya.

Cth: Terdapat 12 orang telah membayar anda untuk upgrade ke Level 2. Terdapat lebihan 3 orang di sini, kita namakan mereka J K L.

Situasi ini berlaku apabila anda menerima derma yang sepatutnya diterima daripada rangkaian di bawah anda, tetapi disebabkan mereka belum layak (belum upgrade level), derma ini akan disalurkan kepada anda. Situasi ini dipanggil bonus dalam CharityID.

Anda masih lagi akan menerima derma dari J K L apabila mereka ingin membuat upgrade ke Level 3 kelak, kerana sememangnya itu adalah hak anda.

Bagaimana hendak memahami jadual statistik “members from hierarchy”?
Jadual statistik “members from hierarchy” adalah rumusan bagaimana anda melihat struktur rangkaian anda dengan mudah.

Di sana, anda boleh melihat bilangan jumlah donator di setiap generasi (G) dan di level mana mereka berada sekarang (L1 – L8).

Secara asas, anda boleh menerima sumbangan ahli di rangkaian anda hanya sekali. Ianya bergantung di generasi di mana mereka berada.

  • Generasi 1 akan menyumbang RM60 kepada anda apabila mereka Upgrade Level 1
  • Generasi 2 akan menyumbang RM120 kepada anda apabila mereka Upgrade Level 2.
  • Generasi 5 akan menyumbang RM600 kepada anda apabila mereka upgrade Level 5
Jadi, dengan melihat hubungkait struktur hirarki dengan jadual ini, anda boleh melihat bahawa ahli-ahli anda akan membayar derma kepada anda sekiranya mereka melaui kotak-kotak kelabu untuk setiap generasi.

Contoh:

  • 3 Penderma Generasi 1 anda kini: 2 ahli di Level 3, 1 ahli di Level 5.

Bermakna, kesemua mereka telah menderma RM60 kepada anda kerana telah melepasi kotak kelabu.

  • 9 Penderma Generasi 2 anda kini: 1 ahli di Level 2, 5 ahli di Level 3, 2 ahli di Level 4, dan 1 ahli di Level 6.

Bermakna, 8 ahli telah menderma RM120 kepada anda kerana telah melepasi kotak kelabu. Anda kini sedang menerima RM120 daripada seorang ahli Generasi 2 yang baru sahaja upgrade ke Level 2.

  • 27 Penderma Generasi 3 anda kini: 17 ahli di Level 2, 5 ahli di Level 3, 4 ahli di Level 4, dan 1 ahli di Level 5.

Bermakna, 5 ahli (4+1) telah menderma RM240 kepada anda kerana telah melepasi kotak kelabu. Anda kini sedang menerima RM240 daripada 5 ahli Generasi 3 yang baru sahaja upgrade ke Level 3. Anda bakal menerima RM240 dari 17 lagi ahli yang pada bila-bila masa akan upgrade ke Level 3 kerana mereka kini telah pun berada di Level 2 (situasi bernombor warna merah). Anda akan terlepas peluang mendapatkan derma ini sekiranya sewaktu mereka upgrade (masuk ke kotak kelabu), anda belum lagi Upgrade ke Level 3 (masih belum layak).


Jadi, dapat dirumuskan bahawa:

  • anda akan terima pembayaran ketika mereka berada di kotak kelabu (sekiranya anda layak di Level tersebut).
  • anda perlulah upgrade dalam kadar segera sekiranya anda melihat ada sebarang ahli yang telahpun berada di bawah zon merah. Sekiranya mereka menekan butang “upgrade now” pada bila-bila masa sahaja anda akan terlepas derma mereka sekiranya anda tidak lagi layak untuk level-level tersebut.
  • anda bolehlah mula bersiap-sedia untuk upgrade sekiranya anda melihat ada sebarang ahli yang telahpun berada di bawah zon kuning.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.