Thursday, 28 January 2016

Anda masih ragu-ragu denga WowApp?

Thomas C. Knobel, pengasas WowApp
Banyak baca mesej yang memburukkan WowApp dan terus jadi takut. Antara dakwaan yang menakutkan anda ialah:
- Applikasi ini di setting untuk maklumat perbankan dan juga diri anda- mendakwa kawannya keluarkan duit RM56000 dirompak- mendakwa seorang gadis didatangi seorang lelaki dan minta kad ATM kemudia lelaki tersebut terus keluarkan duit seolah-olah lelaki itu dah tahu nombor pin kad tersebut.- WowApp dikatakan diseting agar semua nota, chat dan sebagainya dihatar terlebih dahulu kepada satu sistem atau admin.

Ini jawapan saya:

- Aplikasi diseting untuk maklumat perbankan dan diri kita - ini tidak benar, maklumat perbankan kita adalah sulit, pernah suatu ketika dahulu "Paypal" dimomokkan mencuri data kad kredit kita, namun semua itu adalah dakwaan yang tidak berasas.
- mendakwa kawannya keluarkan duit dan dirompak, RM56000 bukan sedikit, mustahil keluarkan duit menerusi mesin ATM yang hadnya hanya RM5,000. Bermakna ia keluarkan duit dari bank. Bolehkah sesuatu rompakan itu dikaitkan dengan WowApp? - nampak, mereka memperbodohkan anda.
- mendakwa seorang gadis didatangi seorang lelaki memiinta kad ATM... - apakah anda masih ingat bagaimana kes seorang gadis, telefon kononnya ia di culik, tapi sebenarnya tidak? Apakah anda akan terus percaya, lelaki yg tidak dikenali rampas kad terus keluarkan duit tanpa meminta nombor pin terlebih dahulu? Nombor report polis kejadian tersebut mana? Tak ada... siapa pun boleh cakap, kan?
- WowApp diseting agar semua nota, chat dan sebagaianya dihantar terlebih dahulu dalam satu sistem atau admin. Ini lagi satu kenyataan yang memperbodohkan mereka yang memempercayainya. Tahukah anda bukan sahaja WowApp, semua aplikasi yang anda gunakan dihubungkan kepada server (pelayan) yang menyimpan apa sahaja yang anda hantar dan terima.
Ramai yang percaya apa yang mereka tulis dan hantar menerusi SMS, wechat, telegram, whatsap, wowapp dan lain-lain lagi akan hilang begitu sahaja setelah dihantar. Sebenarnya ia disimpan untuk tempoh tertentu untuk rujukan pihak berkuasa jika ada kes2 yang memerlukan pihak berkuasa merujuk kepada pihak pengendali perkhidmatan. Jangan pula anda lupa bahawa log IP anda turut disimpan !!!
Terpulanglah kepada anda jika anda ingin lebih privisi, saya syorkan anda jangan gunakan smart phone. Lupakan wechat, whatsap, telegram dan lain2.
Jika anda tidak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang, mengapa harus anda takut?
Jika WowApp ini menipu, anda fikirkan untuk apa dia menipu anda? Berapa juta ringgit telah anda berikan kepada WowApp?
Wowapp tidak berikan duit itu saja-saja kepada anda, benar. Ia lebih kepada pengiklanan. Lagi ramai yang mengiklan pulangannya lagi banyak. Sebagai saguhati kepada anda yang memperkenalkan WowApp kepada rakan-rakan anda sebahagian dari keuntungan ini dikongsikan bersama anda.


CEO WowApp ialah Thomas C.Knobel, beliau adalah pengasas kepada Nobel Ltd tahun 1998 iaitu sebuah syarikat telekom. Thomas Knobel adalah seorang usahawan muda dari Switzerland. Melalui syarikat Nobel Ltd ini beliau telah menawarkan kad telefon prabayar yang menggunakan teknologi VoIP untuk panggilan jarak jauh.

Beliau dikhabarkan telah melabur sebanyak EUR 30 juta untuk membangunkan aplikasi chat WowApp bersama 70 orang pengaturcara dari Romania, lapor Startupcafe.ro

Anda boleh menyertai saya didalam rangkaian saya jika anda berminat untuk mendapatkan pulangan setiap sen data yang anda gunakan.

Sila klik link ini untuk bersama dengan rangkaian saya didalam WowApp

rujukan:
http://www.romania-insider.com - WowApp, new chat app developed by Romanians, launches after EUR 30 mln investment

http://stoponlinescam.com/


Thursday, 26 November 2015

Jadi bagaimana mengumpul sebanyak RM19,209,600 dengan modal RM60 melalui program ini?


Sebenarnya jika anda sudah sampai kebahagian ini, anda sudah pasti nampak jalan bagaimana mengumpul RM19 juta adalah sesuatu yang boleh dikecapi. Tetapi jika anda masih samar-samar dan tidak nampak dengan jelas jalannya, di sini akan diterangkan langkah demi langkah bagaimana mengumpul RM19 juta.

Langkah 1

Sertai CharityID dan menderma sebanyak RM60. Dengan menyertai CharityID, anda perlu menaik taraf akaun anda kepada LEVEL 1 iaitu Level pertama dalam program CharityID. Ini membolehkan anda mendapat ruang untuk seramai 3 orang ditempatkan di bawah rangkaian anda. 3 orang ini akan turut menderma RM60 terus ke akaun peribadi anda membolehkan anda menerima derma keseluruhan sebanyak RM180.

Langkah 2

Dengan derma RM180 yang anda terima, dermakan RM120 untuk naik sebagai penderma LEVEL 2.

Ya. Anda sudah tentu tidak mahu sekadar mendapat derma sebanyak RM180. Anda telahpun mendapat modal RM60 anda dan inilah masa yang paling sesuai untuk naik ke LEVEL 2. 

Mengapa perlu naik taraf ke LEVEL 2?

Ada 2 sebab utama mengapa anda perlu menaik taraf ke penderma LEVEL 2. Pertama adalah anda berpotensi mendapat derma LEVEL 2 dari 2 Generasi di bawah anda sebanyak RM240. Kedua adalah anda layak menerima RM240 tersebut dari 9 orang membolehkan anda mendapat jumlah derma keseluruhan sebanyak RM1,080.

Langkah 3

Langkah seterusnya adalah untuk anda naik taraf akaun ke LEVEL 3 dengan menderma RM240.

Memang seronok jika anda dapat mengumpul kesemua RM1,080. Tetapi jika masih belum anda tetap digalakkan untuk naik taraf kerana anda mempunyai peluang tinggi untuk mendapat derma tambahan jika penderma di bawah rangkaian anda tidak layak. Menaik taraf akaun kepada LEVEL 3 membolehkan anda memperoleh derma sebanyak RM240 dari 27 orang berjumlah RM6,480.

Langkah 4

Selepas itu, anda boleh menaik taraf akaun anda ke LEVEL 4 dengan menderma RM360 Anda bakal menerima RM360 dari pada 81 orang rangkaian anda yang juga ingin menaik taraf akaun mereka ke LEVEL 4.  Jumlah keseluruhan derma yang bakal anda terima adalah RM29,160.

Semakin banyak anda menderma, semakin tinggi peluang anda untuk memperoleh sumbangan derma dari rangkaian anda dengan jumlah yang tinggi.

Langkah 5

Teruskan menaik taraf akaun anda ke LEVEL 5 dengan derma sebanyak RM600.

Dengan menaik taraf akaun anda ke LEVEL 5, seramai 243 orang akan menderma RM600 terus ke akaun peribadi anda membolehkan anda mengumpul sebanyak RM145,800.

Langkah 6

Setelah itu, naikkan lagi LEVEL akaun anda kepada LEVEL 6 dengan menderma sebanyak RM900.

Sebagai penderma LEVEL 6, anda bakal mempunyai 729 orang penderma LEVEL 6 dengan jumlah kutipan derma sebanyak RM656,100.

Adakah mungkin anda sampai ke LEVEL ini?

Jangan pandang rendah kepada kehebatan 'leverage'. Teknik duplikasi ini sememangnya berjalan sendiri tanpa anda menyedarinya.

Langkah 7

Naikkan taraf akaun anda kepada LEVEL 7. Anda perlu menderma sebanyak RM1,200.

Dengan memiliki akaun penderma LEVEL 7, anda bakal memperoleh derma sebanyak RM1,200 dari 2187 orang penderma. Jumlah keseluruhan untuk derma level ini adalah RM2,624,400.

Tahniah! Anda kini bergelar jutawan!

Langkah Terakhir


Untuk memastikan anda mendapat derma paling tinggi, naik taraf akaun anda kepada LEVEL 8 dengan menderma sebanyak RM2,400. Ini memberikan anda potensi mendapat derma dari penderma LEVEL 8 rangkaian anda iaitu seramai 6561 orang. Jumlah yang bakal anda terima jika seorang menderma sebanyak RM2,400 adalah RM15,746,400.

Jika anda berjaya mengikuti setiap langkah di atas dengan rangkaian 100% sempurna. Anda sudah berjaya mengumpul RM19,209,600 dengan hanya bermodalkan RM60 sahaja ketika naik ke LEVEL 1. 

Katakan anda tidak berjaya memberikan komitmen 100%, walaupun hanya 1% anda masih memperoleh RM19,209. Memang lumayan jika dibandingkan dengan modal RM60 anda.

Sebenarnya tidak sukar untuk anda mendapatkan derma yang tinggi. CharityID adalah tempat yang sesuai untuk anda. Lebih banyak atau lebih tinggi sumbangan anda, maka lebih tinggi peluang anda untuk mendapat derma tertinggi.

Jangan berhenti mempromosi CharityID

Salah satu kunci kejayaan di dalam CharityID adalah mempunyai rangkaian yang besar. Mungkin hari ini anda memerlukan bantuan derma, tetapi di luar sana lebih ramai orang yang lebih memerlukan bantuan anda. Anda mungkin  mengubah nasib hidup mereka dengan hanya memperkenalkan program ini.

Pastikan anda sentiasa berada di LEVEL tertinggi

Untuk mendapat derma yang maksimum, anda perlu memastikan kedudukan LEVEL anda adalah yang tertinggi di kalangan  rangkaian anda. Mungkin derma RM2,400 untuk berada di LEVEL 8 kedengaran tinggi. Tetapi anda pasti  tersenyum lebar apabila dengan tiba-tiba orang lain memasukkan ke dalam akaun peribadi anda sebanyak RM2,400 berkali-kali dalam sehari. Sumbangan ikhlas anda pasti berbalas.

Sumbangan yang bakal anda peroleh pada masa akan datang adalah hasil dari sumbangan anda pada hari ini.

Mendermalah dengan niat membantu orang lain. Lebih banyak anda menderma, semakin tinggi peluang anda mendapat derma.

Bagaimana untuk naik ke-LEVEL seterusnya.

Misi anda seterusnya adalah menghebahkan tentang CharityID ke seberapa ramai yang anda mampu. Cara termudah untuk melakukan sedemikian adalah berkongsi post-post promosi CharityID di laman sosial pada setiap hari.

Klik gambar untuk daftar


Sistem CharityID akan menempatkan semua ahli-ahli yang berdaftar di bawah promosi link anda di bawah rangkaian anda. Jika anda adalah penderma LEVEL 1 anda hanya boleh mendapat derma dari 3 orang rangkaian GENERASI pertama anda. Selebihnya akan disusun secara teratur mengikut giliran menggunakan enjin AUTO-PLACEMENT ChairyID. Setiap ahli akan diberi kedudukan tersendiri mengikut GENERASI dan status LEVEL akaun tersebut.

Pada bahagian 'Dashboard' akaun anda, semua maklumat yang memaparkan aktiviti dan kemampuan akaun anda akan dipaparkan.
Anda boleh menaik taraf akaun anda pada bila-bila masa dengan menekan butang 'UPGRADE NOW!'

Katakan sekarang anda adalah penderma LEVEL 2 dan mahu menaik taraf akaun anda ke LEVEL 3. Anda perlu menderma sebanyak RM240 ke akaun generasi ke-3 di atas anda serta memiliki LEVEL 3 dan ke atas. Sekiranya akaun tersebut di bawah level 3, maka pemilik akaun generasi yang lebih atas layak menerimanya yang penting ia mempunyai akaun LEVEL 3 dan ke atas.
Anda amat digalakkan untuk menaik taraf akaun anda. Dengan memiliki level yang tinggi, anda merupakan penderma yang layak menerima derma dalam lebih banyak situasi. Seperti situasi di atas, jika ia berlaku sistem akan terus mencari penderma dari generasi lebih tinggi dan level yang layak walaupun ia melebihi 8 generasi. Ini membolehkan anda memperoleh derma dari rangkaian anda yang lebih jauh dari generasi ke-8. Anda juga masih boleh menerima derma level rendah walaupun anda mempunyai level yang tinggi.


Bagaimana Mendapatkan Derma

Untuk mendapatkan penderma, anda akan diberikan link promosi anda tersendiri. Anda akan mendapat URL anda tersendiri di CharityID Contoh: http://charityid.com/(namaanda)

Sekiranya sesiapa yang memasuki link tersebut, maklumat anda sebagai penaja 

Nota: CharityID menggunakan teknologi browser cookie yang akan menyimpan data sesiapa yang mempromosikan link tersebut. Ia amat popular digunakan bagi tujuan mempromosi link afffiliate. Sekiranya terdapat pelawat yang membuka pautan anda, sekiranya pelawat tersebut mendaftar, anda akan direkodkan sebagai penaja pelawat terbabit.

Terdapat beberapa cara untuk mempromosi link anda.

A) Link Sign-Up & QR Code

Link ini amat berguna jika anda ingin mendaftarkan penderma rangkaian anda secara terus dan tidak perlu sebarang iklan atau landing page. Ia juga amat sesuai untuk pendaftaran melalui telefon bimbit. Sebab itulah ia turut disertakan bersama-sama dengan QR Code.

Setelah mendaftar CharityID, anda wajib memasukkan 'alias' promosi anda sebelum boleh menaik taraf akaun anda kepada LEVEL 1.


B) Promosi Landing Page

Anda akan dibekalkan dengan landing page untuk memberikan maklumat lebih lanjut tentang program CharityID dalam bentuk video dan laporan percuma versi Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu.


C) Post share di media sosial
Anda turut diberikan post-post iklan untuk dipaparkan di laman sosial kegemaran anda. Sekiranya anda merupakan penderma LEVEL 8, anda boleh berkongsi iklan anda tersendiri untuk kegunaan rangkaian di bawah anda.

Post-post ini akan membawa pelawat ke Landing Page tertentu

Anda juga dibenarkan untuk memuat naik iklan anda tersendiri untuk kegunakan rangkaian anda, tetapi ia hanya dihadkan pada penderma LEVEL 8 sahaja. Iklan tersebut akan digunakan ke semua generasi rangkaian di bawah anda.

Mengapa Perlu Menderma


Derma bermaksud memberi dengan niat membantu. Istilah derma banyak digunakan bukan sahaja untuk wang/duit tetapi seperti derma organ, derma pakaian dan apa jua yang diberi dengan niat membantu boleh menggunakan istilah derma. 

Di dalam pelbagai kamus, perkataan derma lebih lazim digunakan dengan maksud wang/duit dan apa yang bakal diceritakan didalam laporan ini adalah berkenaan dengan derma wang/duit.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita menderma. Mungkin sebab simpati, sebab ada yang meminta, atau dengan niat mendapat balasan pada masa akan datang. Mungkin anda biasa dengan kutipan derma untuk mangsa banjir, gempa bumi, pelarian perang dan sebagainya.

Pernahkah anda meminta derma untuk diri sendiri?

Sememangnya sesuatu yang sukar untuk anda lakukan adalah meminta derma untuk diri anda sendiri. Apabila anda berada di dalam kesulitan atau masalah, anda kerap meminjam.

Terdapat perbezaan besar antara derma dan pinjam. Jika anda mendapat derma, maka ia sememangnya diberi untuk membantu anda. Tetapi jika anda meminjam, anda perlu memulangkannya semula dan kadangkala dengan faedah tertentu.

Terdapat bezaan besar apabila anda berjumpa seseorang dan bertanya "Bolehkah awak derma/bantu saya dengan sejumlah wang?" dengan "Bolehkah awak pinjamkan saya sejumlah wang?".

LAYAKKAH ANDA MENDERMA?

Mungkin kerana gelaran anda, atau pangkat, darjat, keturunan, gaya hidup atau pakaian anda membuatkan anda rasa anda tidak layak menerima derma. Samada anda benar-benar mampu atau menipu diri sendiri, tak kira siapa anda sebenarnya layak mendapat derma jika anda memerlukan bantuan.

Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal meminta derma. Anda bukannya mengemis, meminta sedekah ditepi jalan, tetapi sekadar meminta pertolongan kepada sesiapa yang sudi menolong.

Cuma mungkin dengan gaya dan cara yang tidak betul, bantuan yang anda minta mungkin akan disalah tafsir. Anda mungkin dianggap menipu atau mengambil kesempatan di atas masalah orang lain. Laporan ini membongkar satu teknik bagaimana anda boleh mengumpul derma dengan cara yang sihat dan tidak memudaratkan orang lain malah membantu orang yang merderma anda.

BAGAIMANA MENGUTIP DERMA?

Apa kata kita lihat bagaimana kebiasaannya derma diperoleh. Katakan anda ingin mengumpul derma untuk menyelesaikan masalah anda. Mungkin anda boleh mengiklankan masalah anda kepada media untuk dibaca. Dan seramai hampir 20,000 orang membaca dan simpati dengan masalah anda.

Katakan setiap orang menderma sebanyak RM5 kepada anda. Anda mampu mengumpul sebanyak RM100,000.

Klik imej untuk daftar
Wow! Memang banyak!

Mungkin RM100,000 tersebut mampu menyelesaikan masalah anda. Memang mudah. Akan tetapi, ia bukannya mudah kerana:

1. Tidak berada dalam situasi sehingga 20,000 orang membaca dan simpati dengan anda.

2. Bukan mudah untuk mendapatkan RM5 dari orang tidak dikenali tanpa sebab yang munasabah.

Jadi untuk mengumpul RM100,000 tidaklah semudah mengiklankan masalah anda kepada orang ramai melainkan anda betul-betul dapat menarik perhatian orang ramai dan simpati orang ramai.

KUMPUL DERMA ATAU BERMAIN KUTU?

Pernahkah anda bermain KUTU? Ia adalah satu pakatan derma di mana ia memerlukan sekumpulan orang untuk menderma dalam sesuatu masa. Katakan anda dan 9 orang kawan anda yang lain bersetuju untuk bermain kutu sebanyak RM10,000 seorang dengan giliran bulanan. 

Dalam sesuatu masa seorang dari anda akan memperoleh RM100,000 dan Ya! Mungkin ia boleh menyelesaikan masalah anda. Tetapi pada bulan hadapan dan bulan-bulan seterusnya, anda harus membayar RM10,000 bagi memenuhi giliran kawan anda yang lain. 

Memang seronok jika anda adalah giliran terawal, tetapi jika anda adalah giliran terakhir, anda perlu menunggu 10 bulan untuk mendapat giliran itupun dengan membayar giliran bulanan. 

Jika anda membayar RM10,000 setiap bulan, bukankah lebih baik menyimpan di bank?

Jadi.. adakah cari yang labih baik untuk mengumpul derma tanpa membebankan sesiapa malah menguntungkan mereka yang menderma?

MEMPERKENALKAN CHARITYID

CharityID merupakan sebuah sistem yang berkonsepkan derma P2P (Peer-toPeer) menghubungkan antara penderma dan penerima derma secara terus tanpa sebarang orang tengah. Fungsi sistem adalah sebagai medium hebahan dan penyusun struktur penderma serta sebagai satu applikasi yang mewajibkan semua ahli mengesahkan maklumat terutamanya no telefon supaya menjamin persekitaran rangkaian yang sihat dan telus.

Tujuan CharityID ditubuhkan adalah untuk mewujudkan satu rangkaian penderma yang saling membantu antara satu sama lain dalam masa yang sama membantu orang lain yang memerlukan.

CharityID direka untuk membantu mereka yang betul-betul membantu orang lain dan lebih banyak anda bantu maka lebih ramai orang yang akan membantu anda.

Disebabkan ia selamat dan tidak melibatkan pihak ke-3, anda bebas menghubungi mana-mana penderma anda jika terdapat kekeliruan pada bayaran atau memerlukan bantuan informasi tambahan berkenaan CharityID kepada yang masih baru.

BAGAIMANA CHARITYID BERFUNGSI

Dalam sistem CharityID, semua ahli yang menderma mempunyai kelayakan atau status menerima derma tersendiri. Kelayakan atau status ini dikenali sebagai LEVEL.

Berikut adalah senarai LEVEL dan jumlah GENERASI program CharityID

Terdapat 8 LEVEL di dalam program CharityID. Setiap level mewakili jumlah yang perlu anda derma, dan generasi yang layak menderma kepada anda.

Katakan untuk mula-mula menyertai CharityID. Anda perlulah mendaftar sebagai penderma LEVEL 1. Untuk menderma sebagai penderma LEVEL 1, anda  perlulah menderma 1 Generasi di atas anda dengan bayaran RM60.


Contoh Carta Aliran Derma Dengan Struktur Sempurna

Setiap kali anda memberikan derma, bermakna anda sedang naik ke satu LEVEL penderma yang lain. Graf di atas menunjukkan di mana derma anda disalurkan mengikut level dan generasi. Kesimpulannya, setiap level didermakan ke generasi tertentu yang bermaksud LEVEL 1 di dermakan ke Generasi 1 di atas anda, sehingga LEVEL 8 yang didermakan ke Generasi ke-8 di atas anda. 

Penerima derma haruslah mempunyai LEVEL yang sama atau lebih tinggi dari LEVEL yang anda ingin naik taraf.

Bayaran tersebut dibuat terus ke akaun peribadi penderma yang layak di atas anda tanpa sebarang caj oleh sistem CharityID. Sebelum anda boleh menekan butang upgrade, anda dikehendaki melengkapkan maklumat-maklumat penting seperti nombor telefon (perlu pengesahan), gambar profil, akaun bank dan url promosi anda.


Di dalam ruangan ahli, anda hanya perlu menekan butang UPGRADE, dan CharityID akan mengenalpasti siapa yang layak menerima bayaran anda dan maklumat bank akan keluar.

Nota: Kedudukan anda pada penerima LEVEL 1 akan dikunci sehingga anda membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam dari tempoh anda klik butang upgrade pada halaman utama anda.
Seperti gambarajah di atas, setiap ahli dibenarnya meletakkan seberapa banyak bank akaun yang dimiliki untuk memudahkan penderma memindahkan wang mereka ke salah satu bank milik anda. Anda hanya perlu memilih salah satu akaun bank dan memasukkan jumlah derma seperti yang diarahkan. Setelah selesai, anda hanya perlu mengisi borang pengesahan bayaran dan salinan resit (jika anda).

Penerima derma anda akan dimaklumkan melalui email sebaik sahaja anda mengesahkan bayaran anda. Penerima derma diberi masa sehingga 24 jam untuk memeriksa dan mengesahkan bayaran anda. Sekiranya bayaran anda tidak disahkan dalam tempoh tersebut, anda boleh terus menghubungi penerima bayaran tersebut melalui email atau telefon.

Setelah bayaran anda disahkan, secara automatik anda akan dinaik taraf sebagai pemilik akaun penderma LEVEL 1. Sistem CharityID akan menetapkan penderma di bawah anda seramai 3 orang membolehkan anda menerima derma sebanyak RM60 daripada 3 orang penderma GENERASI 1 membolehkan anda menerima derma sebanyak RM180.



Tuesday, 24 November 2015

Soalan-soalan Lazim 5

Apakah itu bahagian “Promotional Tool”?

“Promotional Tool” adalah dimana anda boleh mengkonfigurasi RefID anda untuk tujuan melakukan promosi menjemput penderma baru CharityID.

Di sini juga anda boleh mendapatkan tutorial bagaimana melakukan pemasaran. Template-template pemasaran yang telah disediakan oleh CharityID dan ahli-ahli lain juga boleh didapatkan di sini.

Apakah itu “Tutorial” dan bagaimana saya ingin melakukan marketing?

Di sini CharityID mengajar bagaimana proses pertama kali anda ingin melakukan konfigurasi Referral ID sebelum memulakan proses pemasaran.

Sebagai ahli baru, anda perlulah melihat video ini supaya anda faham bagaimana proses Referral ID berfungsi untuk menjemput bakal penderma supaya berdaftar di bawah hirarki anda.

Apakah itu “Promo Referral ID” dan bagaimana saya ingin melakukan marketing?

Promo Referral ID ini boleh dikatakan sebagai nama akaun anda (Unique ID) bersama CharityID.

Referral ID ini adalah bebas ditentukan oleh anda tetapi perlulah disusun rapat dan unik (tidak pernah digunakan oleh ahli lain).

Tujuan Referral ID ini adalah untuk mengenalpasti siapakah referrer untuk ahli baru yang ingin mendaftar (siapakah yang Berjaya mempromosikan dan menarik minat mereka kepada CharityID). Sekiranya anda adalah referrer mereka, secara langsung anda adalah upline mereka, dan mereka akan didaftarkan di bawah struktur hirarki anda (sama ada di Generasi 1 hingga Generasi 8, bergantung kepada kekosongan ketika itu. Sistem auto-placement yang akan mengatur susunan mereka).

Untuk setiap link promosi yang ditetapkan oleh CharityID, akan terdapat Referral ID masing-masing di bahagian terakhir URL. Seterusnya, anda bolehlah melakukan pemasaran link URL ini kepada kenalan atau saluran-saluran target market anda.

Apakah itu “QR Code” dan apakah fungsinya?

“QR Code” di bahagian “Promo Referral ID” adalah kod yang dipendekkan untuk tujuan memudahkan anda melakukan promosi secara kreatif.

Sekiranya kod ini dibaca oleh pembaca kod QR, mereka akan dibawa menuju ke laman CharityID menerusi Referral ID anda.

Apakah itu “Promo Pages”, dan bagaimana menggunakannya?

“Promo pages” adalah dimana segala bahan pemasaran yang disediakan oleh CharityID dikumpulkan.

Bahan pemasaran termasuklah video (pelbagai bahasa), E-Book, Presentation Slides dan lain-lain.

Untuk setiap bahan pemasaran, ada disediakan URL link masing-masing yang boleh digunakan untuk tujuan promosi.

Ada juga disediakan butang-butang perkongsian laman sosial seperti Facebook share, Twitter share, Google Plus share, dan Whatsapp share (untuk mobile sahaja). Anda boleh menggunakan butang ini sekiranya ingin terus melakukan perkongsian maklumat (post sharing) di laman sosial media anda.

Apakah itu “Social Ads”, dan bagaimana menggunakannya?

“Social Ads” adalah bahagian dimana anda boleh mendapatkan template banner yang disediakan oleh CharityID (dwibahasa) untuk melakukan perkongsian maklumat (post sharing) di laman sosial media anda.

Untuk setiap bahan pemasaran, ada disediakan URL link masing-masing yang boleh digunakan untuk tujuan promosi.

Ada juga disediakan butang-butang perkongsian laman sosial seperti Facebook share, Twitter share, Google Plus share, dan Whatsapp share (untuk mobile sahaja). Anda boleh menggunakan butang ini sekiranya ingin terus melakukan perkongsian maklumat (post sharing) di laman sosial media anda.

Apakah itu “Social Ads by User”, dan bagaimana menggunakannya?

“Social Ads by User” adalah bahagian dimana anda boleh mendapatkan template banner yang disediakan oleh generasi-generasi di atas struktur hirarki anda. Anda boleh menggunakan template yang mereka (ahli lain) sediakan untuk melakukan perkongsian maklumat (post sharing) di laman sosial media anda.

Untuk setiap bahan pemasaran, ada disediakan URL link masing-masing yang boleh digunakan untuk tujuan promosi.

Ada juga disediakan butang-butang perkongsian laman sosial seperti Facebook share, Twitter share, Google Plus share, dan Whatsapp share (untuk mobile sahaja). Anda boleh menggunakan butang ini sekiranya ingin terus melakukan perkongsian maklumat (post sharing) di laman sosial media anda.

Apakah itu “Personal Ads” dan bagaimana menggunakannya?

“Personal Ads” adalah bahagian dimana anda boleh memuat naik template banner yang boleh digunakan oleh ahli-ahli lain di bawah rangkaian anda untuk melakukan perkongsian maklumat (post sharing) di laman sosial media mereka.

Untuk setiap proses memuat-naik, anda juga boleh memilih sama ada ingin memberi kebenaran kepada anda sahaja, atau ahli di bawah rangkaian anda sahaja, atau terbuka kepada semua ahli di CharityID untuk menggunakan template banner yang dimuat-naik anda.

Untuk setiap bahan pemasaran, ada disediakan URL link masing-masing yang boleh digunakan untuk tujuan promosi.

Ada juga disediakan butang-butang perkongsian laman sosial seperti Facebook share, Twitter share, Google Plus share, dan Whatsapp share (untuk mobile sahaja). Anda boleh menggunakan butang ini sekiranya ingin terus melakukan perkongsian maklumat (post sharing) di laman sosial media anda.

Iklan saya sudah disenaraihitamkan (banned) di Facebook, bagaimana perlu saya lakukan?

Anda boleh menggunakan khidmat pemendekkan URL (shorten URL) yang disediakan secara percuma di internet.

URL promo link anda akan bertukar sekiranya anda menggunakan khidmat menukar URL ini. Anda kemudian bolehlah menggantikan URL yang dipendekkan di dalam banner atau material promosi anda.

Antara khidmat-khidmat menukar URL yang aktif adalah seperti:

  • https://goo.gl/
  • https://bitly.com/shorten/
  • http://ow.ly/url/shorten-url
  • http://tinyurl.com/
Apakah itu “Network Hierarchy”, dan apakah kegunaannya?

“Network Hierarchy” adalah bahagian dimana anda boleh melihat struktur hirarki jaringan network penderma anda.

Di sini, anda boleh melihat secara terperinci untuk setiap Generasi penderma anda dan di level berapa setiap penderma anda berada.

Gambarajah struktur ini amatlah penting untuk anda:

- mengatur strategi untuk menggerakkan ahli kumpulan. Butiran komunikasi mereka ada dipaparkan supaya anda (upline) boleh menghubungi mereka untuk berbincang tentang aktiviti gerak-kerja kumpulan.

- Mengatur strategi anda menyusun struktur hirarki rangkaian network untuk memaksimumkan pendapatan derma anda.

Apakah itu “News”, dan bagaimana fungsinya?

“News” adalah bahagian dimana proses pemberitahuan tentang maklumat terkini CharityID dikomunikasikan kepada setiap ahli.

Ahli akan mendapat notifikasi sekiranya terdapat pemberitahuan terkini yang belum mereka baca.

Apakah itu “Suggestion Box”, dan bagaimana fungsinya?

“Suggestion Box” adalah bahagian dimana anda boleh menghantar sebarang idea-idea penambahbaikan dalam sistem CharityID.

CharityID sangat mengalu-alukan sumbangan idea kerana andalah penggerak komuniti ini supaya terus berkembang. Namun begitu, tidak semua cadangan anda akan dilakukan proses susulan kerana setiap proses penambahbaikan perlulah bercirikan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Disebabkan CharityID ini adalah program derma dari ahli kepada ahli, idea-idea dan proses penambahbaikan perlulah bersifat universal dan tidak berat sebelah.

Apakah itu “Timeline”, dan bagaimana fungsinya?

“Timeline” adalah dimana setiap ahli boleh melihat perkembangan terkini yang berlaku di dalam sistem.

View All Timeline – memaparkan kombinasi System Updates dan Status Updates

System Updates – memaparkan perkembangan terkini ahli-ahli lain tentang pergerakan mereka mendaftarkan ahli baru atau membuat Upgrade Level.

Status Updates – memaparkan segala post-post bebas tentang status terkini ahli lain.

Timeline ini boleh dikategorikan kepada Network atau Public:

Network – sekiranya anda memilih tapisan ini, ianya akan menunjukkan segala status terkini hanya ahli-ahli yang berada di dalam rangkaian yang sama.

Public - sekiranya anda memilih tapisan ini, ianya akan menunjukkan segala status terkini seluruh ahli-ahli yang berada di dalam CharityID.

Your Status Updates – Di bahagian ini, anda juga boleh menyemak semula perkembangan perbincangan terkini tentang status yang telah anda kongsi.

Your Comments – Di bahagian ini, anda juga boleh menyemak semula perkembangan perbincangan terkini tentang status ahli lain yang telah anda komen.

Timeline ini juga boleh digunakan untuk berkomunikasi menggerakkan gerak-kerja berkumpulan ataupun sekadar berkongsi-idea sesama ahli di dalam rangkaian network yang sama, atau bersama seluruh ahli CharityID yang lain (public).

Bagaimana timeline untuk network dan public berfungsi?

Timeline ini boleh dikategorikan kepada Network atau Public:

Network – sekiranya anda memilih tapisan ini, ianya akan menunjukkan segala status terkini hanya ahli-ahli yang berada di dalam rangkaian yang sama.

Public - sekiranya anda memilih tapisan ini, ianya akan menunjukkan segala status terkini seluruh ahli-ahli yang berada di dalam CharityID.

Timeline ini juga boleh digunakan untuk berkomunikasi menggerakkan gerak-kerja berkumpulan ataupun sekadar berkongsi-idea sesama ahli di dalam rangkaian network yang sama, atau bersama seluruh ahli CharityID yang lain (public).

Bagaimana saya ingin berkomunikasi di timeline?

Anda bolehlah berkongsi apa sahaja yang dirasakan bermanfaat untuk ahli-ahli komuniti CharityID yang lain di sini.

Anda boleh memilih untuk berkongsi hanya sesama ahli di rangkaian yang sama (network), atau berkongsi dengan seluruh ahli CharityID (public).

Secara tidak langsung, sekiranya semua ahli memaksimumkan penggunaan perkongsian maklumat di timeline CharityID, proses komunikasi berkumpulan di Whatsapp akan menjadi kurang relevan. Ini kerana, di timeline ini, setiap perkongsian boleh dilihat oleh ahli lain, dan mereka juga bebas untuk memberi komen dan sebagainya.

Soalan-soalan Lazim 4

Apakah itu bahagian “My Account”?

Bahagian “My Account” adalah di mana anda boleh melihat dan mengkonfigurasi butiran peribadi anda. Butiran peribadi yang boleh dilihat adalah seperti butiran:


  • butiran peribadi: nama, gambar profil dan alamat
  • butiran komunikasi: email.
  • butiran keselamatan: password

* Nombor telefon adalah tetap setelah dilakukan pengesahan.

Bagaimana saya ingin menukar butiran peribadi?
Anda boleh menukar butiran peribadi dengan mengisi mana-mana bahagian yang boleh ditukar. Email pengesahan akan dihantar sebagai rujukan penukaran butiran peribadi.

Namun, anda tidak boleh menukar:
  • butiran nombor telefon yang telah disahkan
  • nama (setelah mula mendapat derma)
Ini bertujuan untuk mengekalkan ketelusan ahli di dalam sistem CharityID.

Apakah itu bahagian “Donation Received”?
“Donation Received” adalah bahagian dimana anda boleh melihat senarai pemberi derma yang telah anda terima.

Anda akan mendapat notifikasi sekiranya terdapat penderma baru ke akaun anda.

Senarai ini penting supaya anda boleh melakukan semakan ke akaun bank anda. Setelah melakukan semakan, anda perlulah membuat keputusan dalam kadar segera sama ada anda ingin:

  • “Approve” sekiranya anda benar-benar menerima derma mereka di akaun bank anda
  • “Reject” sekiranya anda tidak menerima sebarang derma mereka di akaun bank anda

* Sila beri tempoh masa dalam 1-2 hari untuk proses transaksi. Komunikasi sesama penderma dan penerima derma adalah perlu ketika proses ini. Butiran komunikasi turut dinyatakan di bahagian ini.

Sekiranya, penerima derma tidak melakukan sebarang keputusan dalam masa 5 hari, sistem akan melakukan “Auto-Approval” bagi pihak mereka. Ini dikira sebagai denda kerana mereka telah tidak membuat sebarang keputusan dalam masa yang lama dan melambatkan proses penderma untuk Upgrade Level. Proses ini tidak boleh dimaafkan atau dibetulkan semula.

Sekiranya, penerima derma mengambil keputusan “Reject”, tindakan susulan akan dilakukan sesama ahli atas transaksi tersebut. Kesalahan menipu akan menyebabkan akaun ahli akan digantung.

Apakah itu bahagian “Donation Made”?
“Donation Made” adalah bahagian dimana anda boleh melihat senarai ahli yang telah anda salurkan derma anda kepada mereka setiap kali anda melakukan proses upgrade.

Bahagian ini bolehlah dikatakan sebagai senarai upline anda. Namun, senarai ini tidaklah mencerminkan turutan yang sempurna atas sebab-sebab:

  • Upline terlepas donation kerana belum upgrade
  • Upline terlepas donation kerana tidak aktif login dalam tempoh 24 jam sebelum anda melakukan proses upgrade.
Setelah melakukan proses upgrade dan transaksi derma, sila beri tempoh dalam 1-2 hari untuk proses approval. Komunikasi sesama penderma dan penerima derma adalah perlu ketika proses ini. Butiran komunikasi turut dinyatakan di bahagian ini.

Sekiranya, penerima derma tidak melakukan sebarang keputusan dalam masa 5 hari, sistem akan melakukan “Auto-Approval” bagi pihak mereka. Anda bolehlah meneruskan perjalanan anda untuk Upgrade Level seterusnya dalam usaha mencari struktur hirarki sempurna (perfect structure).

Apakah bahagian “Manage Bank Accounts”?
Bahagian ini adalah dimana anda menyenaraikan senarai bank-bank akaun yang anda miliki untuk membolehkan bakal penderma membuat transaksi derma dengan mudah.

Semakin banyak nombor akaun bank yang disenaraikan, semakin mudah bakal penderma anda untuk melakukan transaksi.

Bagaimana saya ingin menukar butiran akaun bank?
Anda bolehlah menukar butiran akaun bank anda di bahagian “manage bank accounts”. Namun begitu, pada satu-satu masa, anda perlulah memiliki satu akaun bank yang perlu disenaraikan di dalam sistem.

Anda bolehlah menambah dahulu senarai akaun bank baru sebelum memadam akaun bank terdahulu (untuk memastikan ada sekurang-kurangnya satu akaun bank direkodkan di CharityID).

Namun begitu, kerap menukar akaun bank adalah amat tidak digalakkan untuk mengelakkan kesilapan dalam proses transaksi derma di masa hadapan. Ini kerana, menukar akaun bank juga sudah pasti memberi impresi negatif kepada bakal-bakal penderma anda.

Apakah itu bahagian “Subscriber List”?
“Subscriber List” adalah bahagian dimana CharityID menyenaraikan potensi bakal penderma anda yang telah berminat dengan promosi yang anda jalankan, tetapi tidak melengkapkan proses pendaftaran atau belum lagi menjadi ahli (belum melakukan proses Upgrade Level 1).

Di sini juga anda boleh melihat sama ada teknik pemasaran yang anda jalankan selama ini berkesan atau tidak. Sekiranya tiada sebarang info di bahagian subscriber, ini bermakna taktik pemasaran anda belum cukup berkesan dan anda perlulah melakukan beberapa penambah-baikan seperti yang kami cadangkan dalam usaha menjemput bakal penderma.

Kategori subscriber boleh dilihat dari segi peratus mereka melengkapkan pendaftaran:
  • 25% adalah ketika proses mengesahkan nombor telefon
  • 50% adalah ketika proses memuat-naik gambar profil dan melengkapkan butiran akaun bank
  • 75% adalah ketika proses menetapkan Referal ID (link akaun)
  • 100% bermakna proses pendaftaran yang lengkap, dan mereka belum lagi Upgrade Level 1 (mungkin kerana kurang yakin)
Anda perlulah melakukan follow-up dengan mereka supaya mereka lebih yakin dengan bimbingan kumpulan di CharityID. Kebanyakan mereka ada masalah dalam melakukan pendaftaran sahaja tetapi amatlah berminat dengan pelan derma CharityID.

Bagaimana cara dan ayat untuk menerangkan kepada Subscribers tetapi belum lagi menjadi Ahli?

Sebagai tips, adalah menjadi lumrah dunia anda (penerima derma) perlu mengenali bakal penderma anda secara lebih dekat sebelum mereka memberi anda derma untuk menyertai komuniti CharityID ini. Mengenali mereka boleh dilakukan dengan proses follow-up dan pencerahan tentang CharityID. Melakukan follow-up dengan mereka supaya mereka lebih yakin dengan bimbingan kumpulan di CharityID.

Ini adalah contoh ayat template yang sering digunakan oleh ahli-ahli lain yang kemungkinan berkesan. Hantar mesej ini di Whatsapp, SMS atau Email. Namun, anda boleh lah mengolah beberapa bahagian mengikut kesesuaian. Anda juga boleh terus berhubung melalui panggilan sekiranya lebih selesa berbuat demikian:

Salam 1Malaysia. Tahniah kerana memilih program charityID sebagai medium untuk menjana pendapatan melalui sumbangan derma sesama ahli. Namun untuk memastikan Tuan/Puan dapat menerima sumbangan dari ahli yang lain, Tuan/Puan hendaklah melengkapkan butiran serta permulaan sebagai ahli dan dikehendaki membuat sumbangan yang pertama kepada ahli yang layak. Itu sahaja. Saya akan bantu Tuan/Puan mendaftar dengan lengkap seterusnya menjadi ahli CharityID. Sila hubungi saya semula. Thanks.