Thursday, 28 January 2016

Anda masih ragu-ragu denga WowApp?

Thomas C. Knobel, pengasas WowApp
Banyak baca mesej yang memburukkan WowApp dan terus jadi takut. Antara dakwaan yang menakutkan anda ialah:
- Applikasi ini di setting untuk maklumat perbankan dan juga diri anda- mendakwa kawannya keluarkan duit RM56000 dirompak- mendakwa seorang gadis didatangi seorang lelaki dan minta kad ATM kemudia lelaki tersebut terus keluarkan duit seolah-olah lelaki itu dah tahu nombor pin kad tersebut.- WowApp dikatakan diseting agar semua nota, chat dan sebagainya dihatar terlebih dahulu kepada satu sistem atau admin.

Ini jawapan saya:

- Aplikasi diseting untuk maklumat perbankan dan diri kita - ini tidak benar, maklumat perbankan kita adalah sulit, pernah suatu ketika dahulu "Paypal" dimomokkan mencuri data kad kredit kita, namun semua itu adalah dakwaan yang tidak berasas.
- mendakwa kawannya keluarkan duit dan dirompak, RM56000 bukan sedikit, mustahil keluarkan duit menerusi mesin ATM yang hadnya hanya RM5,000. Bermakna ia keluarkan duit dari bank. Bolehkah sesuatu rompakan itu dikaitkan dengan WowApp? - nampak, mereka memperbodohkan anda.
- mendakwa seorang gadis didatangi seorang lelaki memiinta kad ATM... - apakah anda masih ingat bagaimana kes seorang gadis, telefon kononnya ia di culik, tapi sebenarnya tidak? Apakah anda akan terus percaya, lelaki yg tidak dikenali rampas kad terus keluarkan duit tanpa meminta nombor pin terlebih dahulu? Nombor report polis kejadian tersebut mana? Tak ada... siapa pun boleh cakap, kan?
- WowApp diseting agar semua nota, chat dan sebagaianya dihantar terlebih dahulu dalam satu sistem atau admin. Ini lagi satu kenyataan yang memperbodohkan mereka yang memempercayainya. Tahukah anda bukan sahaja WowApp, semua aplikasi yang anda gunakan dihubungkan kepada server (pelayan) yang menyimpan apa sahaja yang anda hantar dan terima.
Ramai yang percaya apa yang mereka tulis dan hantar menerusi SMS, wechat, telegram, whatsap, wowapp dan lain-lain lagi akan hilang begitu sahaja setelah dihantar. Sebenarnya ia disimpan untuk tempoh tertentu untuk rujukan pihak berkuasa jika ada kes2 yang memerlukan pihak berkuasa merujuk kepada pihak pengendali perkhidmatan. Jangan pula anda lupa bahawa log IP anda turut disimpan !!!
Terpulanglah kepada anda jika anda ingin lebih privisi, saya syorkan anda jangan gunakan smart phone. Lupakan wechat, whatsap, telegram dan lain2.
Jika anda tidak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang, mengapa harus anda takut?
Jika WowApp ini menipu, anda fikirkan untuk apa dia menipu anda? Berapa juta ringgit telah anda berikan kepada WowApp?
Wowapp tidak berikan duit itu saja-saja kepada anda, benar. Ia lebih kepada pengiklanan. Lagi ramai yang mengiklan pulangannya lagi banyak. Sebagai saguhati kepada anda yang memperkenalkan WowApp kepada rakan-rakan anda sebahagian dari keuntungan ini dikongsikan bersama anda.


CEO WowApp ialah Thomas C.Knobel, beliau adalah pengasas kepada Nobel Ltd tahun 1998 iaitu sebuah syarikat telekom. Thomas Knobel adalah seorang usahawan muda dari Switzerland. Melalui syarikat Nobel Ltd ini beliau telah menawarkan kad telefon prabayar yang menggunakan teknologi VoIP untuk panggilan jarak jauh.

Beliau dikhabarkan telah melabur sebanyak EUR 30 juta untuk membangunkan aplikasi chat WowApp bersama 70 orang pengaturcara dari Romania, lapor Startupcafe.ro

Anda boleh menyertai saya didalam rangkaian saya jika anda berminat untuk mendapatkan pulangan setiap sen data yang anda gunakan.

Sila klik link ini untuk bersama dengan rangkaian saya didalam WowApp

rujukan:
http://www.romania-insider.com - WowApp, new chat app developed by Romanians, launches after EUR 30 mln investment

http://stoponlinescam.com/


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.