Tuesday, 24 November 2015

Soalan-soalan Lazim 3

Apakah itu kunci posisi (lock position), dan bagaimana ia berfungsi? Apa yang perlu saya lakukan semasa proses ini?

Kunci posisi adalah proses dimana penderma mengunci kedudukan mereka di dalam hierarchy rangkaian anda. Proses kunci posisi bermula setelah bakal penderma menekan butang “upgrade now”.

Proses ini amat penting untuk menentukan siapakah bakal penerima yang layak menerima sumbangan derma mereka ketika itu.

Setelah kedudukan posisi dikunci, mereka perlulah menjelaskan butiran pembayaran dalam masa 24 jam kepada penerima derma yang layak. Penerima yang layak pula kemudian perlu mengesahkan atau menolak butiran derma mereka dalam 24 jam yang seterusnya.

Untuk ahli baru yang baru mendaftar, notifikasi proses kunci posisi mereka akan diberitahu kepada bakal penerima derma mereka melalui email. Butiran anda dan promosi referral anda diserahkan kepada mereka untuk dihubungi, dan begitu juga butiran peribadi mereka akan diberi kepada anda.

Sebagai upline atau referral mereka, anda perlulah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi untuk menerangkan tentang CharityID dan kelebihan sistem ini. Proses ini amatlah penting kerana mereka telahpun menunjukkan minat, tetapi memerlukan bantuan dan panduan dari bakal upline. Bantuan ini akan lebih memudahkan proses mendaftarkan mereka sebagai ahli komuniti CharityID yang baru.


Komunikasi sesama ahli adalah amat penting di CharityID. Selain hanya untuk mendapatkan pendapatan melalui derma, CharityID bertujuan untuk mewujudkan komuniti sihat yang telus dan saling bantu-membantu dalam urusan harian terutama dalam usaha mempromosikan CharityID secara berkumpulan.

Bagaimana ingin menghubungi sesama ahli semasa proses kunci posisi?
Butiran komunikasi bakal penderma dan penerima derma telah dikongsikan sesama anda setelah proses kunci posisi dilakukan.

Anda perlulah mengambil langkah proaktif untuk menguhubungi mereka melaui Email, SMS, atau Whatsapp.

Bagaimana saya boleh mulakan menjemput penderma?

Anda boleh memulakan proses mencari penderma setelah berdaftar sebagai ahli di CharityID dan memiliki RefID milik akaun anda untuk dipromosikan.

Mencari bakal penderma adalah tidak susah kerana ia hanyalah memerlukan modal yang rendah. Namun, ianya adalah bergantung kepada kretiviti individu, dan antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti:
  • Melakukan perkongsian Facebook / Twitter / Instagram / Google+ / Whatsapp / Telegram (atau mana-mana platform sosial media lain) dengan menggunakan template mudah yang telah disediakan oleh CharityID di bahaian “promotional tools” di papan dashboard.
  • Membuat post dengan olahan ayat sendiri di platform-platform sosial media supaya ianya lebih kreatif. Idea-idea terkini pemasaran bolehlah didapati di https://tagboard.com/charityid/243509
  • Membuat Facebook Ads / Google Ads / Instagram Ads / Banner berbayar / Blogpost melalui blogger-blogger terkenal. Ini perlulah berdasarkan kreativiti anda. Teknik ini adalah yang paling berkesan melalui pengalaman ahli-ahli
  • Membuat blog sendiri, menyertai forum-forum online atau memasarkan di laman-laman marketplace seperti di Mudah, CariGold, WangCyber dan lain-lain.
  • Bersemuka bersama kenalan dan keluarga untuk berkongsi ilmu tentang peluang pendapatan menerusi CharityID
  • Menyebarkan fliers dan risalah tentang CharityID di kawasan sekitar
  • Menubuhkan / menyertai kumpulan CharityID di kawasan sekitar untuk memudahkan proses gerak-kerja secara berkumpulan
  • Menubuhkan / menyertai kumpulan Whatsapp / Telegram / Facebook Group rangkaian anda untuk memudahkan proses gerak-kerja secara berkumpulan
  • Berkomunikasi secara aktif menyusun strategi berkumpulan dengan melakukan perbincangan di timeline rangkaian CharityID (network timeline)
  • Aktif berkomunikasi (chat) dan berkongsi-kongsi maklumat bersama ahli lain di timeline awam CharityID (public timeline)
  • Melakukan seminar dan kelas-kelas perkongsian peluang pendapatan CharityID
  • Melakukan Email / Whatsapp / SMS blast melalui khidmat syarikat pemasaran online
Kalau saya tidak mencari penderma, adakah sistem akan mencarikan kami penderma?

Sistem CharityID adalah unik. Semakin besar komuniti CharityID semakin tinggi peluang anda untuk mendapatkan pendapatan melalui derma.

Ya, sistem akan memberikan anda leads dari bakal penderma melalui proses auto-placement CharityID. Lead yang diberi akan mengunci posisi mereka di bawah rangkaian anda dan notifikasi melalui email akan diberikan kepada anda. Anda perlulah menghubungi dan meyakinkan mereka supaya mendaftar sebagai ahli baru CharityID di bawah rangkaian anda. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, kebarangkalian untuk menerima proses auto-placement di masa akan datang menjadi lebih tipis.

Kebarangkalian untuk menerima lead dari sistem auto-placement adalah bergantung kepada jumlah ahli yang masih berada di Level 1. Namun begitu, anda juga boleh meningkatkan kebarangkalian untuk menerima lead ini sekiranya anda:
  • aktif melakukan post di sosial media menggunakan hashtag #CharityID yang akan dikenalpasti melalui system Tagboard di https://tagboard.com/charityid/243509
  • bekerjasama bersama rangkaian kumpulan untuk mendapatkan spillover
  • tidak pernah gagal untuk mendaftarkan ahli baru yang diterima melelui lead sistem auto-placement sebelum ini
Namun, anda dinasihatkan untuk tidak mendaftarkan individu yang dirasakan sukar untuk menjemput 3 lagi penderma baru. Ini adalah untuk kebaikan bersama untuk memastikan reputasi CharityID.

Saya terima email notifikasi dari bakal penderma untuk kunci posisi (lock position), apakah maksudnya?

Ini bermaksud mereka telah melakukan pendaftaran dan pengesahan maklumat peribadi yang lengkap. Mereka amat berminat untuk menyertai komuniti CharityID tetapi menunggu khidmat nasihat dari ahli-ahli terdahulu yang berada di atas rangkaian mereka sebelum melakukan proses menderma Level 1 RM60.

Anda perlulah menghubungi mereka supaya mereka mendapat pencerahan bagaimana proses seterusnya dan berkongsi ilmu bagaimana mereka juga turut berpeluang untuk menerima derma sehingga RM19juta.

Kunci posisi adalah proses dimana subscriber sedang melakukan proses transformasi untuk menjadi ahli.

Bagaimana hendak follow-up bila bakal penderma kunci posisi (lock position)?

Butiran maklumat komunikasi dikongsikan sesama bakal penderma dan penerima derma melalui notifikasi email. Mereka perlulah berhubung sesama mereka melalui platform yang dirasakan sesuai, terutamanya Whatsapp.

Mereka juga boleh berjumpa secara bersemuka (dengan membawa bersama ahli yang lebih mahir) supaya proses pencerahan dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Disertakan di bawah adalah contoh ayat template yang sering digunakan oleh ahli-ahli lain yang kemungkinan berkesan. Hantar mesej ini di Whatsapp, SMS atau Email. Namun, anda boleh lah mengolah beberapa bahagian mengikut kesesuaian. Anda juga boleh terus berhubung melalui panggilan sekiranya lebih selesa berbuat demikian:

Dari ahli CharityID.com. Tahniah! Anda telah mendaftar dengan lengkap di Charityid.com. Namun, anda belum layak untuk menerima sumbangan derma dari ahli lain sekiranya anda belum lagi menjadi ahli di CharityID dengan melakukan derma hanya RM60 untuk Upgrade ke Level 1. Saya adalah referral anda. Saya boleh membantu anda memberi pencerahan lanjut tentang kelebihan komuniti CharityID dan bagaimana anda boleh mendapat pendapatan tambahan bersama komuniti ini. Sila reply message ini sekiranya memerlukan bantuan lanjut.

Saya terima email keluar dari kunci posisi (lock position timeout), apakah maksudnya?

Email ini akan dihantar sekiranya bakal penderma tidak menderma RM60 kepada referral rangkaian mereka dalam tempoh 24 jam.

Ini mungkin terjadi kerana tiada follow-up dilakukan oleh upline.

Posisi mereka akan dikosongkan semula untuk memberi laluan kepada bakal penderma yang lain. Mereka belum layak untuk menjadi ahli dan status mereka kekal sebagai subscriber.

Sekiranya setelah 24 jam bakal penderma ini kembali berminat dan ingin mengulangi transaksi derma, mereka hanyalah perlu menekan butang “upgrade now” kembali. Mereka seterusnya akan dimasukkan kembali ke posisi kosong yang lain di bawah rangkaian referral.

Bagaimana hendak tahu bahawa promosi kita itu berkesan?

Sekiranya ingin mengetahui teknik pemasaran anda itu berkesan atau tidak, anda bolehlah melihat bahagian subscriber.

Di sana terdapat senarai bakal-bakal penderma yang telah melihat link anda dan meninggalkan butiran peribadi mereka. Cumanya, mereka belum melengkapkan proses pendaftaran atas sebab-sebab tertentu.

Anda perlulah melakukan follow-up dengan mereka supaya mereka lebih yakin dengan bimbingan kumpulan di CharityID. Kebanyakan mereka ada masalah dalam melakukan pendaftaran sahaja tetapi amatlah berminat dengan pelan derma ChariyID.

Sekiranya tiada sebarang info di bahagian subscriber, ini bermakna taktik pemasaran anda belum cukup berkesan dan anda perlulah melakukan beberapa penambah-baikan seperti yang kami cadangkan dalam usaha menjemput bakal penderma.

Saya ada banyak subscriber, apa perlu saya lakukan sekarang?
Kategori subscriber boleh dilihat dari segi peratus mereka melengkapkan pendaftaran:
  • 25% adalah ketika proses mengesahkan nombor telefon
  • 50% adalah ketika proses memuat-naik gambar profil dan melengkapkan butiran akaun bank
  • 75% adalah ketika proses menetapkan Referal ID (link akaun)
  • 100% bermakna proses pendaftaran yang lengkap, dan mereka belum lagi Upgrade Level 1 (mungkin kerana kurang yakin)
Anda perlulah melakukan follow-up dengan mereka supaya mereka lebih yakin dengan bimbingan kumpulan di CharityID. Kebanyakan mereka ada masalah dalam melakukan pendaftaran sahaja tetapi amatlah berminat dengan pelan derma ChariyID.

Apakah itu bahagian “statistics”?

Bahagian statistik adalah dimana anda boleh melihat secara menyeluruh struktur jaringan rangkaian anda. Ianya penting untuk menyusun strategi dalam melakukan promosi RefID anda.

Apakah itu jadual “payment progress by qualified level?”
Jadual ini bertujuan untuk melihat sejauh mana anda telah mengumpul pendapatan derma untuk setiap level.

Anda dinasihatkan untuk membuat upgrade dalam kadar segera setelah mempunyai pendapatan mencapai tahap 20% untuk mengelak sebarang terlepas terima derma.

Anda tidak perlu menunggu sehingga 100% kerana anda tidak tahu bila-bila masa sahaja anda bakal menerima derma. Anda juga boleh untuk terus upgrade walaupun belum menerima sebarang derma pun lagi.

Secara asas, anda boleh menerima sumbangan ahli di rangkaian anda hanya sekali.

Cth: Hanya 9 orang ahli di Generasi 2 akan membayar RM120 kepada anda apabila mereka upgrade ke Level 2.

Namun, ada juga situasi dimana anda boleh lihat anda menerima jumlah lebih banyak dari yang sepatutnya.

Cth: Terdapat 12 orang telah membayar anda untuk upgrade ke Level 2. Terdapat lebihan 3 orang di sini, kita namakan mereka J K L.

Situasi ini berlaku apabila anda menerima derma yang sepatutnya diterima daripada rangkaian di bawah anda, tetapi disebabkan mereka belum layak (belum upgrade level), derma ini akan disalurkan kepada anda. Situasi ini dipanggil bonus dalam CharityID.

Anda masih lagi akan menerima derma dari J K L apabila mereka ingin membuat upgrade ke Level 3 kelak, kerana sememangnya itu adalah hak anda.

Bagaimana hendak memahami jadual statistik “members from hierarchy”?
Jadual statistik “members from hierarchy” adalah rumusan bagaimana anda melihat struktur rangkaian anda dengan mudah.

Di sana, anda boleh melihat bilangan jumlah donator di setiap generasi (G) dan di level mana mereka berada sekarang (L1 – L8).

Secara asas, anda boleh menerima sumbangan ahli di rangkaian anda hanya sekali. Ianya bergantung di generasi di mana mereka berada.

  • Generasi 1 akan menyumbang RM60 kepada anda apabila mereka Upgrade Level 1
  • Generasi 2 akan menyumbang RM120 kepada anda apabila mereka Upgrade Level 2.
  • Generasi 5 akan menyumbang RM600 kepada anda apabila mereka upgrade Level 5
Jadi, dengan melihat hubungkait struktur hirarki dengan jadual ini, anda boleh melihat bahawa ahli-ahli anda akan membayar derma kepada anda sekiranya mereka melaui kotak-kotak kelabu untuk setiap generasi.

Contoh:

  • 3 Penderma Generasi 1 anda kini: 2 ahli di Level 3, 1 ahli di Level 5.

Bermakna, kesemua mereka telah menderma RM60 kepada anda kerana telah melepasi kotak kelabu.

  • 9 Penderma Generasi 2 anda kini: 1 ahli di Level 2, 5 ahli di Level 3, 2 ahli di Level 4, dan 1 ahli di Level 6.

Bermakna, 8 ahli telah menderma RM120 kepada anda kerana telah melepasi kotak kelabu. Anda kini sedang menerima RM120 daripada seorang ahli Generasi 2 yang baru sahaja upgrade ke Level 2.

  • 27 Penderma Generasi 3 anda kini: 17 ahli di Level 2, 5 ahli di Level 3, 4 ahli di Level 4, dan 1 ahli di Level 5.

Bermakna, 5 ahli (4+1) telah menderma RM240 kepada anda kerana telah melepasi kotak kelabu. Anda kini sedang menerima RM240 daripada 5 ahli Generasi 3 yang baru sahaja upgrade ke Level 3. Anda bakal menerima RM240 dari 17 lagi ahli yang pada bila-bila masa akan upgrade ke Level 3 kerana mereka kini telah pun berada di Level 2 (situasi bernombor warna merah). Anda akan terlepas peluang mendapatkan derma ini sekiranya sewaktu mereka upgrade (masuk ke kotak kelabu), anda belum lagi Upgrade ke Level 3 (masih belum layak).


Jadi, dapat dirumuskan bahawa:

  • anda akan terima pembayaran ketika mereka berada di kotak kelabu (sekiranya anda layak di Level tersebut).
  • anda perlulah upgrade dalam kadar segera sekiranya anda melihat ada sebarang ahli yang telahpun berada di bawah zon merah. Sekiranya mereka menekan butang “upgrade now” pada bila-bila masa sahaja anda akan terlepas derma mereka sekiranya anda tidak lagi layak untuk level-level tersebut.
  • anda bolehlah mula bersiap-sedia untuk upgrade sekiranya anda melihat ada sebarang ahli yang telahpun berada di bawah zon kuning.


Monday, 23 November 2015

Soalan-soalan Lazim 2


Bagaimana sistem derma di CharityID berfungsi, dan bagaimana saya boleh memaksimumkan pendapatan?
Sistem derma di CharityID adalah amat telus. Proses pendaftaran dan setiap proses transaksi derma adalah daripada ahli kepada ahli tanpa perlu melalui orang tengah (admin).

CharityID adalah sistem derma berkonsepkan kemasyarakatan ahli kepada ahli (peer-to-peer).

Walaupun sistem CharityID mempunyai teknologi auto-placement, ianya tidak akan berfungsi secara sempurna sekiranya anda adalah ahli lelap dan hanya mendapatkan ihsan dari teknologi untuk mendapat bantuan. Cara-cara bagaimana sistem auto-placement berfungsi ada diterangkan di bahagian lain.

Matlamat CharityID adalah mudah. Setiap ahli yang menyertai dicadangkan untuk mendaftar 3 lagi penderma baru.

Kitaran ini akan mewujudkan suatu gelombang bantuan kewangan yang besar kepada rangkaian tersebut. CharityID ini juga boleh dikatakan sebagai sistem kutu secara sistematik, dimana sumbangan ahli-ahli lain akan memberikan dana kepada anda (ahli yang aktif) untuk mengubah kehidupan untuk lebih selesa, dan kembali menderma semula kepada ahli lain setelah mencapai tahap selesa.

Proses ini akan memakan jangka masa yang lama, tetapi ianya perlu dilakukan sekarang untuk masa depan komuniti yang lebih baik.

Anda boleh memaksimumkan pendapatan dengan bergerak secara aktif dan mencari sebanyak mungkin penderma untuk didaftarkan di rangkaian anda.

Sistem CharityID ini tidak berat sebelah sama ada anda sertai komuniti ini telah lama atau baru sahaja. Ia sepenuhnya bergantung sekiranya anda bergerak lebih aktif menjemput dan mendaftarkan penderma baru, rangkaian anda semakin besar, dan anda akan mendapat lebih banyak pendapatan hasil gelombang bantuan kewangan yang besar terbentuk di bawah rangkaian anda.

Apakah itu pelan derma CharityID
Secara ringkasnya pelan derma CharityID adalah derma daripada ahli kepada ahli mengikut level-level tertentu.

Perincian secara terperinci tentang pelan derma boleh didapati di:

http://www.charityid.com/downloads/laporan_percuma.pdf

Pelan CharityID boleh disimpulkan seperti:


Cth senario:

Imagine you have just upgraded to Level 2 and donated RM120 to other member

You find A B C. They are your direct donator Generation Level 1 you. You will get donation of RM60 from each of them.

You find another 3 interested donators, called D E F. Because of your Generation Level 1 is already full, you will have to place them under A under auto-placement system (D E F are your Generation Level 2).

A will get the donation of RM60 from each of D E F.

Then You and A (by groupwork effort) find another 3 interested donators, called G H I. Because of your Generation Level 2 is already full, you will have to place them under D under auto-placement system (G H I are your Generation Level 3).

D will get the donation of RM60 from each of G H I.

At this stage, A will need to upgrade to Level 2 because his/her Generation Level 1 slots are already full with D E F. If he/she does not want to upgrade, his/her life in CharityID is dead. He/She has even get RM180 from RM60 donation he/she made. It is already benefitted him.

Same situation with D. He/She has to upgrade to Level 2 because his/her Generation Level 1 slots are already full with G H I.

When D upgrades to Level 2, he/she will donate RM120 (donation Level 2) to you because he/she is your Generation Level 2.

But if in situation you are still at Level 1 and have not upgraded yet, D’s donation of RM120 will be given to any deserved receiver above you under auto-placement system. This was because you are still at Level 1 and have only made RM60 donation so far. You are not entitled to receive any donation worth RM120 or higher.

The same situation when G wants to upgrade to Level 2. He/she has to donate RM120 to A because he/she is A’s Generation Level 2. But if in the situation that A still has not upgraded yet, G’s donation of RM120 will be given to any deserved receiver above A, which is you. Because you are his direct introducer, and you have upgraded to Level 2, hence G's donation will be given to you. You have upgrade to Level 2 before this hence only entitled to receive donation worth up to RM120. 

If G wants to upgrade to Level 3, he/she still has to donate to you because he/she is your Generation Level 3. You can only receive his/her donation worth RM240 if you have upgraded to Level 3 at the moment G clicks the "upgrade now" button. If you are still in Level 2 at that time, you will miss his/her donation because the maximum amount of donation that you can receive is capped at RM120.

CharityID advises you to upgrade to the highest level soonest possible to avoid any disappointment of miss donation because we will never know when will our next donator will upgrade his/her level. It can be now!! Your miss payment is regarded as a bonus to another member above your hierarchy.

Apakah system autoplacement, dan bagaimanakah ianya berfungsi?

Sistem auto-placement adalah sistem dimana setiap pendaftar baru yang tidak mempunyai sebarang referral akan diletakkan secara random kepada ahli-ahli sedia ada. Susunan random ini adalah berdasarkan algorhythm:
  1. aktif melakukan post di sosial media menggunakan hashtag #CharityID yang akan dikenalpasti melalui system Tagboard di https://tagboard.com/charityid/243509
  2. bekerjasama bersama rangkaian kumpulan untuk mendapatkan spillover
  3. tidak pernah gagal untuk mendaftarkan ahli baru yang diterima melelui lead sistem auto-placement sebelum ini.


Pendaftar baru yang tidak mempunyai sebarang referral (ataupun didaftarkan oleh ahli yang telah penuh susunan hirarki) akan hanya wujud sekiranya gelombang pemasaran CharityID di luar mempunyai kesan positif yang luar biasa, ataupun hanya bergantung kepada kemahiran segelintir ahli di dalam CharityID yang mahir dan giat mencari penderma baru. Untuk CharityID mencapai ke tahap ini, promosi secara berkumpulan adalah sangat penting untuk meluaskan lagi komuniti ini.

Semakin besar komuniti CharityID, semakin banyak kebaikan yang akan diperolehi setiap ahli. Ini adalah tanggungjawab bersama.

Adakah sistem auto-placement itu sistem auto-donator?
Ramai yang keliru dengan dua istilah ini. CharityID tidak menawarkan sebarang sistem auto-donator. CharityID hanya menawarkan sistem auto-placement. CharityID berharap istilah-istilah ini tidak disalah-tafsir oleh ahli.

Setiap bakal penderma baru yang diletakkan oleh sistem auto-placement di bawah struktur hirarki anda perlu dihubungi supaya mereka lebih yakin untuk menyertai CharityID. Proses komunikasi antara bakal penderma dan penerima derma ini yang akan menjadikan sistem auto-placement ini berjaya.

Harus diingat, bakal penderma ini tidak akan menjadi auto-donator anda sekiranya proses komunikasi ini terputus dan mereka hilang keyakinan dengan komuniti CharityID.

Dalam erti kata lain, sistem auto-placement akan membawa kepada auto-donator sekiranya wujud proses komunikasi yang lancar sesama ahli semasa transaksi derma Level 1.

Mereka yang gagal mengambil manfaat sistem auto-placement ini akan ditolak merit di dalam algorhythm kebarangkalian mendapat bakal penderma auto-placement lagi di masa hadapan. Sila pastikan anda sentiasa bersedia dengan notifikasi email kunci posisi yang akan diberitahu.

Bagaimana mendaftar di CharityID?

Anda boleh mendaftar secara terus di www.charityid.com

Sekiranya anda mempunyai referral, anda bolehlah mendaftar menerusi link referral seperti www.charityid.com/(ReferralID). Dengan mendaftar dengan referral ID, secara automatik anda akan didaftarkan di bawah rangkaian referral anda dan perlulah bekerja bersama kumpulan referral anda. Kerjasama berkumpulan adalah lebih mudah untuk mendapatkan pendapatan derma dengan lebih tersusun.

Saya telah mendaftar, tetapi tidak menerima email pengesahan. Bagaimana?

Email pengesahan akan dihantar sejurus selepas anda mendaftarkan email anda di CharityID.com. Anda perlu mengesahkannya dalam masa 24 jam selepas email dihantar. Sekiranya anda terlewat melakukan pengesahan, anda dikehendaki mendaftar semula di laman web CharityID.com. Sekiranya anda masih tidak boleh mendaftar menggunakan email yang sama anda dinasihatkan untuk:
  • menukar kepada email yang baru

  • sekiranya masih ingin menggunakan email yang sama, sila reset semula password

Sekiranya anda tidak dapat email ini di inbox email anda, sila lihat email di bahagian junk/spam. Kebanyakan email untuk kali pertama akan dimasukkan ke dalam bahagian tersebut.

Sila juga pastikan untuk melabelkan email dari CharityID sebagai tidak spam, supaya sebarang komunikasi dari kami selepas proses pendaftaran akan terus masuk ke dalam inbox anda.

Saya sudah mendaftar, kenapa perlu lengkapkan pengesahan email dan no. telefon? Apakah pengesahan lain yang akan dilakukan?

Kami mementingkan kejujuran di dalam komuniti CharityID. Hanya individu yang betul-betul wujud layak menderma dan menerima derma. Oleh sebab itu, pengesahan maklumat komunikasi perlulah dilakukan supaya anda boleh dihubungi oleh ahli-ahli CharityID yang lain.

Selain itu, pengesahan nama akan dilakukan oleh bakal penderma anda sewaktu proses transaksi. Nama anda perlulah seperti nama yang didaftarkan di butiran bank. Anda tidak akan layak menerima derma sekiranya nama di CharityID tidak seperti nama di akaun bank.

Saya sudah mendaftar email, kenapa perlu saya lengkapkan butiran peribadi?

Melengkapkan butiran peribadi adalah amat penting untuk anda layak menerima sumbangan daripada ahli yang lain di masa hadapan. Butiran yang perlu adalah Nama (seperti nama di akaun bank), No Telefon, Email, Nombor Akaun Bank, dan Nama Referral ID (pilihan sendiri untuk tujuan mempromosikan rangkaian anda).

Butiran komunikasi ini perlu supaya anda boleh dihubungi oleh upline dan downline untuk menjalankan transaksi pendermaan. Butiran komunikasi digunakan sekiranya upline dan downline mahu menghubungi anda untuk bimbingan dan gerak-kerja berkumpulan.

Butiran perlulah diisi secara telus kerana komuniti ini sangat mementingkan kejujuran sesame ahli. Sekiranya nama di akaun CharityID tidak seperti nama di akaun bank anda, anda tidak layak menerima sumbangan daripada ahli yang lain. Ini adalah penting kerana individu-individu yang betul-betul wujud sahaja yang layak menderma dan menerima derma.

Saya ada masalah dengan pendaftaran, siapakah patut saya hubungi?

Sekiranya anda mengalami masalah semasa proses pendaftaran, sila mohon bantuan daripada referral anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang referral, anda bolehlah mencari iklan-iklan di social media dan hubungi mereka untuk menjadi salah seorang dari rangkaian mereka.

Saya sudah melakukan pengesahan, apa langkah seterusnya?

Setelah melakukan proses pendaftaran dan proses pengesahan, anda sekarang kini dikategorikan sebagai subscriber CharityID.

Anda hanyalah layak untuk menerima derma dengan menjadi ahli (member). Untuk menjadi ahli, anda perlulah upgrade ke Level 1 dengan membuat pembayaran derma kepada salah seorang ahli di rangkaian upline anda. Sebelum berpeluang untuk menerima derma, anda perlulah menderma terlebih dahulu

Derma yang perlu dilakukan hanyalah RM60. Derma ini juga boleh dikatakan sebagai yuran pendaftaran untuk menyertai komuniti dan ia dibayar kepada ahli yang terdahulu, bukan kepada admin. Pusingan derma inilah yang menjadikan komuniti CharityID semakin berkembang.

Dengan hanya menderma RM60, anda berpeluang untuk menerima sumbangan derma sebanyak RM180 daripada ahli lain sebagai permulaan. Level-level ini akan meningkat dan di situlah peluang anda akan mengumpul pendapatan derma sehingga RM19juta.

Saya sudah upgrade Level 1, apa langkah seterusnya?

Setelah melakukan sumbangan RM60, sekarang bermulalah perjalanan ahli untuk mendapatkan sehingga RM19juta.

Sebagai langkah permulaan, ahli bolehlah menjemput 3 orang penderma untuk bernaung di bawah rangkaian mereka dan menderma kepada mereka. Lakukan proses yang sama kepada ahli yang baru. Setiap ahli mendaftarkan 3 penderma di bawah rangkaian mereka dan komuniti akan terus berkembang.

Bagaimana ingin menjemput 3 orang penderma akan diterangkan di bahagian lain.

Selain itu, ahli juga boleh menghubungi upline melalui email / message / telefon / whatsapp. Butiran mereka boleh didapati di email lock position, dan juga melalui dashboard CharityID semasa melakukan proses upgrade. Hubungi mereka untuk bergerak secara berkumpulan mempromosikan akaun derma anda dan menjemput penderma baru.

Anda dinasihatkan untuk menjemput penderma baru melalui post di sosial media dan whatsapp supaya lebih cepat mendapatkan pulangan derma. Untuk pengetahuan, proses auto-placement hanya berlaku kepada rangkaian ahli yang aktif melakukan promosi dan menjemput penderma baru.

Kenapa saya perlu upgrade?

Anda perlu upgrade supaya melayakkan anda untuk menerima derma untuk sesuatu level. Selagi anda tidak upgrade untuk level-level tertentu, anda tidak berhak untuk menerima derma untuk jumlah level tersebut. Ini lumrah dalam menderma, kerana anda perlulah menderma terlebih dahulu sebelum mendapatkan pulangannya kemudian.

Sekiranya anda belum upgrade untuk ke sesuatu level sedangkan anda bakal menerima derma dari downline yang ingin upgrade, anda akan terlepas untuk menerima sumbangan derma mereka kerana anda masih lagi tidak layak. Sumbangan derma tersebut akan diberi kepada ahli terdekat lain yang layak di atas rangkaian anda. Sumbangan yang terlepas ini adalah bonus kepada ahli yang lain.

Untuk mengelakkan terlepas sumbangan, anda dinasihatkan upgrade secepat mungkin kerana kita tidak tahu bila-bila masa sahaja penderma dan downline akan menekan butang “upgrade now”. Sekiranya mereka telah mengunci posisi untuk proses upgrade (dengan menekan butang upgrade now), sedangkan anda masih belum berada di kedudukan yang layak ketika itu, sumbangan derma itu akan diberi kepada ahli yang lain. Bertindaklah segera sebelum terlambat!

Cth:

A adalah upline B dan kini berada di Level 3.
B adalah upline C dan kini berada di Level 1.
C adalah upline D dan kini berada di Level 1.
D menderma RM60 kepada C untuk Level 1 Upgrade.

Sekarang D ingin upgrade Level 2 dan seharusnya menderma kepada B RM120.

Disebabkan B masih lagi di Level 1 (hanya pernah menderma sebanyak RM60 sahaja) dan tidak layak untuk menerima derma sebanyak RM120, sumbangan derma dari D untuk upgrade ke Level 2 akan diberi kepada A yang telahpun unlock untuk terima sumbangan Level 2.

Bagaimana saya ingin upgrade seterusnya?

Anda dinasihatkan untuk upgrade secepat mungkin untuk mengelakkan terlepas mendapat derma dari rangkaian anda.

Anda perlulah membuat proses upgrade mengikut turutan. Proses upgrade boleh dilakukan dengan menekan butang “upgrade now”. Dengan menekan butang tersebut, posisi anda telah dikunci dan anda perlu melakukan sumbangan derma kepada butiran penerima derma yang layak yang tertera di bahagian dashboard.

Proses ini perlu berlaku dalam masa 48 jam. Anda hanya dikira telah upgrade ke Level yang baru setelah disahkan oleh penerima derma (approved).

Saya sudah terlepas derma sedangkan saya sudah upgrade. Bolehkah saya terima balik dari penderma saya? Kenapa?

Segala proses derma dalam CharityID adalah sistematik. Derma yang terlepas akan diberi kepada upline lain yang lebih layak dan ianya dikira bonus kepada mereka. Segala proses derma perlulah menerusi rekod CharityID, justeru anda tidak layak meminta kembali dari mereka.

Kami nasihatkan anda supaya upgrade secepat mungkin untuk mengelakkan terlepas derma.

Apakah langkah terbaik untuk elakkan terlepas derma?

Langkah terbaik untuk mengelakkan terlepas derma adalah dengan terus upgrade sehingga sekurang-kurangnya ke Level 4 setelah melakukan proses pendaftaran dan cari 3 rakan anda untuk join di bawah anda.

Adakah referral saya akan berpeluang lebih tinggi kerana mendaftar terlebih dahulu dari saya?

Tidak. Sistem ini tidak ada dasar untuk mengutamakan kepada sesiapa yang daftar terlebih dahulu berpeluang lebih cerah. Anda akan berpeluang sama seperti mereka. Peluang adalah bergantung kepada siapa yang lebih rajin mendaftarkan penderma kerana anda mempromosikan RefID (akaun) anda sendiri.

Ahli saya untuk setiap Generasi saya belum penuh lagi, bolehkah saya upgrade?

Boleh. Anda sememangnya digalakkan untuk upgrade secepat mungkin untuk tidak terlepas derma dan berpeluang lebih tinggi untuk menerima sistem auto-placement.



Soalan-soalan Lazim 1

Apakah itu CharityID?
CharityID adalah satu usaha komuniti untuk merevolusikan pendapatan melalui derma. Platform CharityID adalah telus kerana sumbangan derma adalah daripada ahli kepada ahli tanpa perlu penglibatan pihak admin. CharityID hanyalah menyediakan platform untuk ahli mendapatkan pendapatan melalui derma, disamping CharityID bertujuan melahirkan komuniti dermawan.

CharityID akan bergerak secara automatik di masa hadapan kerana tiada penglibatan admin, dan penglibatan aktif ahli amatlah penting supaya komuniti ini akan terus berkembang. Semakin besar komuniti CharityID, semakin tinggi jumlah pendapatan yang akan diterima ahli.


Apakah matlamat CharityID?
Matlamat CharityID adalah untuk menyediakan platform kepada masyarakat medapatkan pendapatan derma dengan lebih sistematik dan mudah. Ini boleh dilakukan dengan hanya mempromosikan akaun RefID CharityID kepada bakal-bakal penderma mereka.

E.g.: www.charityid.com/(yourREFERRALID)

CharityID juga ingin melahirkan komuniti yang mendapat barakah menderma dalam menjalankan perniagaan dan urusan harian mereka.


Apakah platform sosial media CharityID yang rasmi?
Disebabkan CharityID adalah platform yang akan bergerak secara automatik, maka tidak akan ada platform sosial media CharityID yang rasmi sama ada di Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, atau LinkedIn.

Bagaimanapun leader-leader sesebuah kumpulan dalam komuniti CharityID digalakkan menubuhkan kumpulan social mereka sendiri (Cth: FB Page, FB group, kumpulan Whatsapp atau di mana-mana platform komunikasi yang dirasakan sesuai), supaya komunikasi strategi pemasaran dan penerangan sesama ahli kumpulan dapat dibincangkan.

Walau bagaimanapun, untuk menyatukan usaha-usaha pemasaran ahli-ahli, CharityID telah mengumpulkan segala post-post dari ahli-ahli di platform sosial media yang mengandungi hashtag #CharityID di sini:

www.tagboard.com/charityid/243509

Ahli-ahli bolehlah merujuk platform ini sekiranya memerlukan idea-idea menarik untuk strategi pemasaran mereka. Semakin besar komuniti CharityID, semakin tinggi jumlah pendapatan yang akan diterima ahli.

Apakah hashtag rasmi CharityID?
Hashtag rasmi CharityID adalah #CharityID.

Namun dari semasa ke semasa, hashtag komuniti akan bertambah mengikut isu-isu tempatan untuk meningkatkan keberkesanan strategi pemasaran komuniti CharityID.

Sebagai contoh hashtag-hashtag lain seperti:

#DR1M #Bajet2015 #dermanajib dan sebagainya.

Apakah kepentingan hashtag
Hashtag ini penting untuk menyatukan usaha-usaha pemasaran ahli-ahli CharityID. Ini adalah penting untuk memudahkan ahli-ahli baru untuk menceritakan tentang komuniti CharityID kepada bakal penderma mereka.

Selain itu, sistem auto-placement akan berfungsi dengan lebih laju sekiranya terdapat banyak post-post ahli-ahli yang mengandungi hashtag #CharityID.

Semakin kerap ahli melakukan post-post di sosial media dengan hashtag #CharityID, semakin tinggi peluang ahli untuk mendapatkan penderma dari sistem auto-placement.

Bagaimana saya ingin mendapatkan idea pemasaran dari ahli yang lain?
Anda boleh mendapatkan idea-idea pemasaran dari seluruh komuniti di sini:

www.tagboard.com/charityid/243509

Semakin besar komuniti CharityID, semakin tinggi jumlah pendapatan yang akan diterima ahli. Oleh itu, segala post ahli di sosial media perlulah mempunyai hashtag #CharityID supaya mudah untuk ahli-ahli baru mengembangkan komuniti CharityID.

Apa kelebihan sistem CharityID?
Anda boleh melancarkan kutipan derma sebagai pendapatan sampingan anda setiap bulan (part-time), ataupun mengumpul dana untuk sesuatu tujuan khas (full-time).

Terlalu banyak kelebihan sistem CharityID, antaranya termasuklah:
  • sistem derma-menderma yang pertama di dunia, dan ahli komuniti bertambah dari hari ke sehari
  • sistem derma-menderma yang telus, dari ahli kepada ahli tanpa perlu melalui admin. Proses pendaftaran percuma dan boleh dilakukan sendiri tanpa perlu melalui pihak ketiga.
  • sistem derma-menderma yang sistematik dan tersusun. Anda tahu ke mana anda mendermakan wang anda, dan turut berpeluang menerima derma yang lebih besar dari wang yang didermakan
  • sistem derma-menderma yang akan sentiasa terus berkembang secara sendiri dan berjalan secara automatik di masa hadapan
  • sistem derma-menderma yang menggunakan segala teknologi terkini
  • sistem derma-menderma yang sangat ringkas dan modal kecil
  • sistem derma-menderma yang mempunyai prinsip yang mudah. Setiap penderma berusaha menjemput 3 penderma baru yang ingin menyumbangkan hanya RM60 kepada mereka. Ini adalah yang dikatakan kitaran karma.
  • sistem derma-menderma yang adil dan saksama:
  1. Ahli yang rajin mencari penderma akan mendapat lebih
  2. Saling bantu-membantu penerima derma dan penderma melalui sistem GiveBack
  3. Ahli yang rajin mempromosi dan bekerja bersama-sama kumpulan (ahli lain) serta berani untuk menderma jumlah yang besar akan diberi keutamaan dalam pembahagian auto-placement

Sistem CharityID bukanlah sistem Money Game, MLM, Skim Pelaburan Cepat Kaya, FOREX, fraud atau penipuan online.

Sistem CharityID:
  • tidak mengajak ahli menjadi kaya, tetapi untuk hidup lebih selesa bersama-sama dan membentuk perpaduan masyarakat
  • melahirkan ahli yang sukses dan berjiwa mulia
  • bukanlah suatu perniagaan yang memerlukan ahli untuk menjaja kemewahan diri
  • tidak memaksa sesiapa untuk menderma dan diderma
  • boleh melembutkan kedegilan dan keegoan masyarakat supaya tidak terlalu berpaksikan kebendaan (materialistic)
  • adalah sebuah komuniti dan keluarga. Bukan pesaing dalam perniagaan. Semakin besar komuniti penderma CharityID, semakin banyak kebaikan yang boleh diperolehi.